Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tag / Contest. Show all posts
Showing posts with label Tag / Contest. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

inner tu saya punya!

erm.. bosan punya bosan.. (padahal ada keje).. BW kt blog, ada la sorang adik manis aku ni anjurkan contest.. so sebagai follower dia, aku kena tag dengan si manis Chenta Zetty ni utk join dia punya contest.. oleh kerana aku tak penah lg join contest2 yg dia penah anjurkan, so kali ni aku support dia dgn join this contest.. menang kalah tak kisah la.. asalkan meriahkan contest Zetty..

oh ya.. if tak ingat yg mana 1 Zetty yg cun ni.. leh refer kt link NI.. cite kami2 lepaking kat Holiday Inn masa Zetty turun penang utk bercuti..


1st tunjuk hadiah dulu.. kasi sokaaa!!!


tempat pertama : 5 helai inner cotton




kedua : 4 helai inner cotton


ketiga, empat dan kelima : 3 helai inner cotton setiap seorang


Menarik bukan???

jom tgk...


SYARAT PENYERTAAN.


1. Follow blog Zetty

2. buat 1 entry bertajuk "inner itu saya punya"

3. Wajib mengetag sekurang-kurangnya 2 orang kawan or lebih.. & make sure orang yg ditag itu tahu dirinya ditag..

4. xperlu sticky entry atau apa2 pada side bar.. nk letak pun boleh je..

5. letakkan sekeping gambar bertudung yang paling ayu.. xkisah pic ramai atau sorang.. if pic ramai kena tunjuk yg mana 1 muka korang..

6. Tarikh tutup 7 Mei 2011. hadiah akan dipos sebelum 11 Mei 2011

7. pada yg tak bertudung pun boleh join cuma kena la letak pic yg bertudung..

siap?? tinggalkan link kt komen entry contest ini..


tentulah saya yang bertudung itu..

ok.. mula minat mengumpul inner ni baru2 ni je.. tp suka pakai inner cotton awning.. sebab muka saya kan bulat mcm bola.. if ada awning npk la ala bujur2 sireh sket.. wlupun tak brp nk bujur. hihii.. & penah try inner cotton tnpa awning.. hasilnya... not bad.. if compared to inner BUKAN cotton.. saya ni mmg tak leh lgsung pki inner BUKAN cotton..sbb dia akan melekap ke muka saya yg bulat ni.. so, dah TERcuba inner cotton ni rasa selesa la pulak.. tp sy prefer la inner cotton awning.. nk tgk inner contton berawning, mcm pic saya kt atas tu.. see! npk muka sedikit bujur kan?? sikit jela.. hihii.. tp suka gak kumpul inner cotton ni.. skg tak byk lg colour yg saya ada.. kalau nk beli pun cari yg selai rm5 je.. kt sini tesco mostly jual selai rm5 la.. tmpat lain tu rm10 pun ada gak..

SAYA NK
TAG:

1. Mak Izz
2. Mama Adam
3. Ibu Aesya

kepada yg lain2 yg nak join contest ni.. jom la.. click SINI yeah!!

~gud luck~

Wednesday, April 13, 2011

1st GA ZOELALISA

Thanks to Puan Penganjur sbb sudi tag saya ye!!


SYARAT2 :

1. Follow blog INI dan juge INI dengan suke hati :) (done dengan suka hati)

2. Tempek pic kt atas tu kt entry korg dan side bar korg. Kemudian, link semula ke blog ini. (done)

3. Tajuk entry mestilah "1st GA ZOELALISA". (done)

4. Terbuka kepada semua rakyat Melesia. (yes)

5. Pemenang akan dikira berdasarkan SIAPA PALING BERTUAH (cabutan). (OK)

6. Tinggalkan jejak kt entry ini utk menyertai. (done)

7. Tarikh tutup penyertaan : 26 April 2011 (OK)

8. Tag 3 orang blogger dan pastikan mereka tahu. (done)



HADIAH :
Untuk makluman, akan ada 2 cabutan.

1. Untuk yang masih bujang ~ 1 Buku Direktori Perkahwinan Edisi Utusan Karya setebal 250 m/s. + hadiah iringan



2. Untuk yang sudah berkahwin ~ 1 helai baju kanak2/bayi (bergantung kpd jantina/saiz anak pemenang) + hadiah iringan


*gambar hiasan*


ok.. saya nak TAG :

1. Mak Izz
2. Ibu Sofea
3. Umi Aesya

Wednesday, March 30, 2011

Chocolate Give Away for sweet couple

Thanks to PenTAG tegarku Puan Seri Intan Suraya... wlupun dah lambat suam2 kuku ni.. nk buat jugak la.. sbb dh tag kan.. kang nti intan tak mo tag aku dh.. huhu.. btw, terfikir2 gak nk buat tag ni ke tak, sbbnya nk kena reveal kisah cinta aku & ianya agak rumit memandangkan makin menghampiri ke dateline.. erm.. oleh kerana kisah cinta aku tak penah dipublish di blog lg.. so, secara ekslusifnya aku nk publish kt entry ni.. hehe... (ala.. mcm kisah cinta puteri raja pulakss)


Thanks to Puan Penganjur .. Kalau korang minat nak join, click SINI ye..

Syarat2nya..

1.macam biasa ler..hehe..follow blog yang ni dan yang ni (DONE)
2. Like kat page yang ni. (DONE)
3.Tuliskan entri bertajuk "Chocolate Give Away For Lucky Sweet Couple" Link kan ke page ini. (DONE)
4.Isi entry haruslah ada gambar anda bersama couple anda.gambar yang unik atau sweet tau. (DONE)
5.Ceritakan sedikit kisah cinta anda dari mula kenal.(tak kisah da kawen atau still couple) (DONE)
6.Letakkan banner/pic kat atas tu dekat entri korang dan 1 kat side bar(jangan lupa link kan ke page ini ye).
7.Tag 3 orang blogger dan pastikan diorang tau ok. (DONE)
8.Da siap buat entri, tinggalkan link entri korang kat ruang komen k.. (DONE)


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 mac 2011
Ada 2 pemenang yang akan di pilih oleh saya dan juga husben saya..:)
1 pemenang adalah bagi kategori kisah cinta yang sweet dan 1 pemenang adalah atas cabutan bertuah dari husben putri..:)


Kisah cinta aku yg tak seberapa ni bermula di Kursus BTN di Kulim pada Ogos 2006.. Kebetulan BTN tu campur dengan agensi kerajaan dari luar.. selalunya USM dengan USM je.. tp mungkin dah nama jodoh la kot kan.. aku punya turn BTN join dengan agensi luar.. nk jadikan cite masa ni en hubby keje kt SPRM Putrajaya..

Hari pertama, kedua tak kenal en hubby lagi sehingga la hari ke-3 baru kenal.. camne leh kenal?? erm.. meh nak cite.. biasala kt BTN kami sume stay kt dorm2 yg menempatkan lebih kurang 20 orang kot (tak ingat).. & kami jugak di bahagikan kepada 10 kumpulan untuk semua aktviti BTN.. So, nak jadikan cite.. 1 malam tu lepas abis aktiviti kat dalam dorm la.. masing2 sembang2 berkenaan aktiviti di siang hari.. dalam dorm tu mcm2 cite pasal kumpulan masing2 yg kuar la.. smpai ada sorang akak ni cite pasal MAMAT yg agak POYO dlm group dia.. sila tahu ye! mamat poyo tu adalah bakal suami aku yg aku tak tau pun time tu..

Akak tu cite yg mamat tu org Kelantan.. dia mcm agak2 poyo2 cara org lelaki la kot.. aku ni lak mcm ban abis dgn org kelantan ni.. haha.. tak tau pasai apa.. sorry ya pada org2 kelantan.. konon2 klu boleh time tu tak mau la kawin dgn org kelantan, kan jauh.. sume ada la.. hihi.. pastu, mamat ni sgt gila tau.. hari2 time aku ikat tali kasut depan dorm dok usha aku.. kebetulan group dia kena berbaris betul2 depan pintu dorm aku.. then.. bila aku siap berkasut bagai.. aku pun nak beratur kt group aku la.. mesti kena tegur dengan dia.. katanya aku ' budak sombong'.. dia mesti kata "senyum la sket".. adoiiii!! mau nk kena penampar time tu.. eee!! aku mmg rasa mcm gila ka apa mamat ni.. mmg aku tak suka giler la kt dia time tu..

Then, nak jadi cite, mamat aka en hubby nak jumpa aku lepas makan sehari sebelum BTN tamat. aku mmg xnak la.. tp akak 1 group dengan dia (consider as org tgh la dalam hal ni).. dah janji dengan mamat tu soh aku jumpa dia.. aku punya tak nk jumpa mamat tu.. then akak tu kata takpe.. dia teman n merayu2 kt aku soh jumpa jugak mamat tu.. sebab dia dah janji.. adoiiii.. abis tu kena la jumpa jugak sbb siankan akak tu.. akak tu ckp, jumpa je.. then blah la lepas tu.. OK!! FINE!! aku jumpa... dia pass no phone dia kt aku.. OK!! AKU AMBIK!! puas hati ko!!

Keesokkan harinya.. adalah hari terakhir kami kt BTN.. erm.. yeay!!! nk balik dh!! syok!! tak sabar nak relax setelah 5 hari 4 malam hidup mcm askar.. huhu.. aku time tu masih simpan no dia.. yela.. simpan jela kan??? bukan apa pun takat sekeping kertas kecik je.. hahaha.. then, smpai la time nk balik tu.. tak silap aku.. last group activity.. hati aku tergerak utk sms dia.. tak tau nape, setelah fikir2 balik.. mcm sian jugak kt dia.. bila dh tgk muka dia sume kan.. mybe time jumpa tu Allah dah dh tiupkan satu roh perasaan aku kt dia kot.. tu yg terbuka hati boleh sms dia.. Aku sms pun bgtau yg tu number aku.. tu je.. erm... balik tu apa lg!! tak henti2 la phone aku bunyi.. tak sms phone call.. layankan aje la!! time tu pun aku single & available.. at least ada gak org boleh hilangkan sunyi sepi aku...

oh ya! lupa nk mention.. aku betul2 takde niat nk cari BF masa kursus BTN tu.. sbb aku boleh dikatakan frust break off dengan my ex-bf bulan 4 tahun tu.. so, masih tak terubat lg.. & seriously decide datang BTN & nk abiskan cepat2.. & also wajib hadiri utk tujuan perkhidmatan aku..

dipendekkan cite.. dh balik tu kami berhubungan as a friend jarak jauh la.. dia di Putrajaya aku di Penang.. & utk pengetahuan korang.. kami kenal pada bulan 8 2006 .. aku tak ingat tarikh aku declare dengan dia.. (teruk kan???) but somewhere dlm tahun 2006 jugak la.. & disember 2006 dia decide untuk jumpa dengan my parents utk menyatakan hasrat suci murni dia.. hahaha.. gila lawak time ni... (tak payah la kot aku nk cite ye!! mybe entry lain kali).. So, mybe dh jodoh aku kot.. my parents agree.. sbb cara keikhlasan & kesungguhan dia.. my dad kasi green lite kt dia..

dipendekkan cite lagi, Mei 2007 kami bertunang & Disember 2007 kami sah jadi suami isteri.. terpaksa berhubungan jarak jauh selama 3 bulan.. bulan April 2008 en hubby dpt transfer ke Penang.. Sekarang usia perkahwinan kami 3 tahun 3 bulan 1 minggu dan kami dikurniakan seorang cahaya mata yg melengkapkan lagi kehidupan kami suami isteri.. NUR IRFAN HAKIM.. putera sulung kami yg akan menyambut hari lahirnya yg ke2 pada hari ahad ini (3 April).. doa aku ..smg kebahagian akan mengiringi hidup kami hingga akhir nyawa kami.. aminn.....

moral of the story.. jgn tak suka seseorang melampau2.. nanti last2 jadi hak milik kita jugak.. hihiih..


pic masa bencinta sumenya indah2 belaka

resepsi di umah aku..

resepsi di Kelantan..

gambar fresh from the oven.. just married!! inai masih dijari..

honeymoon!!!


@ langkawi.. peknen irfan 6 months ++

vacation to Singapore .. with our sweet heart...

sempat bergambar berdua di Toys Museum.. anak ntah lari ke mana.. hihi..


Aku nk TAG :
(1) Anida
(2) Mak Izz
(3) Kak Fidz


** maaf ye kepada yg saya tag.. sbb dh lewat sgt aku tag korang sume.. aku sendiri pun lewat.. hihi..


Wednesday, February 23, 2011

1st Give-Away By Deekuntum

thanks Anida Othman sbb tag saya!! ekceli saya suka GA ni sbb hadiahnya adalah FM.. saya suka kumpul FM.. harap2 ada la rezeki saya!! aminnn!!! GA ni dianjurkan oleh DeeKUntum..
More information click SINI ye!! Tarikh tutup adalah pada 28 Feb 2011 tepat jam 12 tgh mlm..


Jom tgk syarat2 penyertaan..
  1. Mesti menjadi follower blog Puan DeeKUntum. (done)
  2. Mestilah warga Malaysia.. (Yes)
  3. Buat 1 entry mengenai GA ini ye... (done)
  4. Letakkan BANNER di sidebar blog anda dan backlink ke entry ni. (done)
  5. TAG 2 rakan anda. (done)
  6. Akhir sekali jangan lupa tinggalkan url 'contest' dan alamat emel di bahagian komen entry ini. (done)
  7. Tarikh tutup 28hb Februari 2011 tepat jam 12 malam. (Ok)
  8. Undian akan dibuat melalui random.org, cabutan pertama dpt hadiah no 1 dan seterusnya sehingga 3 pemenang dipilih. (ok)
  9. Keputusan adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan dilayan. (ok)
so.. apa lg yg ditunggu.. join la ramai2 ye.. 2 org rakan saya yg sy nk tag ialah :

Friday, January 28, 2011

"Mama Cyda 1st Giveaway"

Thanks to Najmah sbb sudi tag aku.. heheh.. apa2 pun tag mesti la dilaksanakan kan?? GA ni diadakan sempena ulangtahun perkahwinan ke 4 mama cyda n psgnnya. GA ni berakhir pada 18022011 (sempena tarikh ulangtahun mereka), jam 9 am.


syarat penyertaan seperti berikut :
  1. Terbuka kepada semua blogger yg berada di Malaysia sahaja dan mesti jadik follower Mama. (OK)
  2. Buat entry bertajuk "Mama Cyda 1st GiveAway". Letakkan gambar kat atas tu dan jangan lupa letak sekali kat Side Bar dan link kan ke entry ini. (OK)
  3. Letak link blog ini kat BlogList korang. Bukan apa, senang nak update apa2 nanti. (OK)
  4. Tag tiga orang (lebih pun takpe) dan pastikan inform orang yang ditag itu. (OK)
  5. Last sekali tinggalkan link korang kat komen ye.(OK)
Saya nk TAG :

(i) Mak Izz
(ii) Mama Adam
(iii) Mama Tuah

Saturday, January 15, 2011

Best Friends Forever Giveaway

Dh lama terima tag dari Shu.. tp baru skg sempat nk buat.. bukan apa, nk pilih gambar dgn kawan2 byk sgt.. bg aku sume kawan2 adalah my BFF..


syarat-syarat penyertaan :
cam biasalah, harus follow tuan punya blog dulu. (DONE)
copy banner n letakkan di dlm entry n side bar. (DONE)
cari gambar korang bersama dengan kawan baik korang dan edit cantik-cantik. (DONE)
pas dah edit, korang masukkan dalam entry dah tuliskan sikit simple story tentang kawan baik korang dan sweet memory bersama.. (DONE)
dah siap korang tag kan atau ajak seberapa ramai yang boleh untuk join GA ni.. (DONE)


Aku (Jue), Kak Liza, Mimie & Yana adalah housemate suatu masa dulu.. masa tu aku tak kawin lg la.. n now sume masing2 membawa arah masing2.. mimie di Johor, Yana di Selangor, cuma aku n Liza je di Penang.. tp umah asing2.. hehe.. apa2 pun BFF 4-ever..

gambar ini diambik semasa kami ke Bukit Bendera jalan2 release tension.. time gambar ini diambik, kami tgh otw naik ke atas naik keretapi bukit bendera.. huh..sgt kenangan ok.. & yg best.. time tu adalah 1st time kami berempat ke Bukit Benderan..so excited!! mmg best sgt hari tu.. klu leh aku nk masukkan sume gambar kt Bukit Bendera kt sini.. tp dh contest ni nk 1 je gambar kan?? so, yg ni la yg paling best sekali.. cukup korum kami berempat..

hope sume kawan2 masih ingat kenangan kami.. it was very wonderful time.. best sgt.. rasa nk balik time tu...


Dengan sukacitanya saya ingin MenTAG

(i) Mak Izz

(ii) Mama Adam

(iii) Mama Tuah

Friday, January 14, 2011

Contest Jelingan Manja

Aduh.. contest lg.. mesti u alls sume bosan kan?? haha.. apa leh buat.. utk capai sasaran 1 hari 1 entry.. n utk tidak mengewakan si penTAG, saya buat jugak la contest ni.. untung2 dpt hadiah, tak untung dpt penuhkan sasaran blog.. huhu..blog pun ada sasaran ok!! jgn main2!! hehehe..


Nie syarat-syaratnya:

1. Buat entri pasal contest nie. Semestinya kan?seperti biase. tajuk macam kat atas. (DONE)
2. Follow blog nie.Kalo tak, nak update macam mane kan?Kalo rajin follow blog nie sekali PrettyLensStore (DONE)
*sebab PrettyLensStore nie main sponsor*
3. Copy banner kat bawah tue sekali dengan backlink. (DONE)
4. Gambar contest anda. ikut tajuk tema ok? Tak kan la tajuk jelingan manja korang letak gambo tgh mkn kan? Ikut tema k sayam-sayam.eheee (DONE)
5.Gambar sendiri,i mean owner blog yg bertanding.Tak mo gambo orang lain. Tak kisah seorang or beramai-ramai. (OK & DONE)
6.Sila tag kawan2 anda tak kisah la berape orang pun. Atleast seorang. (DONE)
7.Komen entri nie sekali dengan link korang. (DONE)
8.Tak khususkan untuk girls aje.Boys pun boleh join.Jangan malu jangan segan.ehee (OK)

GAMBAR YG DIPERTANDINGKAN :

1st time masuk contest pertanding gambar sendiri.. ee..malu pun ada ni.. miahahaha!!

Saya ingin MenTAG :

(a) Mak Izz

(b) Wanna

(c) Kak Fidz

(d) Kak Neena

(e) Shud

(f) Titin

(g) Wina

(h) Anida

yg lain, nk join boleh je!!! dipersilakan..


Hadiah -hadiah untuk pemenang:

Hadiah pertama :
1 pair Geo lens with cute lens case or 2 shawl+inner


Hadiah kedua:
1 pair Geo lens or shawl+inner


Hadia ketiga:
shawl + inner


Saguhati:
2 x Shawl

Thursday, January 13, 2011

Happy Baby Contest

kali ini tag/contest datangnya dari Wanna.. tq tau sbb ingat kt i ni.. heheh..

contest ini dianjurkan oleh OurDreamOfLife.

syarat²nya:

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog dan mempunyai alamat di Malaysia. (DONE)

2. Mesti jadi follower
OurdreamsOfLife dan MyLittleWonder (DONE)

3. Buat entry pasal GA ini dengan tajuk 'HAPPY BABY CONTEST'. (DONE)

4. Letakkan sekeping gambar anak anda yang berumur di antara, (DONE)

Category A : Berumur kurang dari 2 tahun pada 31 Januari 2011
Category B : Berumur di antara 2 tahun - 4 tahun pada 31 Januari 2011,

beserta details seperti :
NAMA ANAK, NAMA IBU dan TARIKH LAHIR ANAK (DONE)
dengan temanya 'HAPPY'..takmo gambar nangis²yek.

5. Copy dan letak gambar banner di atas di dalam entry anda bersama backlinknya (kalau nak letak kat sidebar pun boleh..tak diwajibkan). (DONE)

6. Tag seberapa ramai kawan yang anda kehendaki (minimum 1 orang). (DONE)

7. Boleh tinggalkan komen beserta link kat blog OurDreamsOfLife atau Contest . (DONE)

8. Closing date : 17 Januari 2011 05.00pm.

9. Keputusan adalah muktamad.


Gambar happy Irfan yang dipertaruhkan dalam Kategori A ialah :

Nama Anak : Nur Irfan Hakim b. Mohd Nor Ezrie

Nama Ibu : Juliana Jaafar

Tarikh Lahir Anak : 3 April 2009


Saya Ingin MenTAG :

(i) Mak Izz

(ii) Mama Marissa

(iii) Mama Adam

(iv) Mama Tuah

Saturday, January 8, 2011

Contest "Baby Muka Blurr"

1stly.. i nk ucapkan jutaan terima kasih kepada Shikin & Wani sbb sudi tag saya..

ni dia..contest baby muka blurr.. penganjurnya ialah cik white.. susah sket nk join contest ni.. hehe.. bukan apa, nk cari muka irfan blurr.. hehe.. puas gak la menggodek pc nk cari gambar irfan yg blurr..

Syarat2 yg dikehendaki adalah..............

1) menjadi followers blog ini (DONE)
2) letak banner aka gambar aqil di side bar blog anda (DONE)
3) juga letakkan banner ini dalam entry khas untuk contest ini (DONE)
4) gambar anak anda mestilah 'dgn muka ala2 blurrr gitu' (DONE)
5) buat satu entry khas untuk contest ini haruslah disertakan dengan pic anak anda, nama anak, tarikh lahir anak, nama ibu dan jugak ayat2 power yg bersamaan dgn mimik muka tersebut... (DONE)

NAMA ANAK
TARIKH LAHIR ANAK
NAMA IBU
AYAT POWER

6) contest ini terbuka untuk bayi yang berumur 1 hari sehingga 4 tahun (YES)
7) tarikh tutup adalah pada 25 Jan 2011 (tarikh tutup = tarikh ulang tahun perkahwinan kami..hehe)
8) linkkan entry anda ke bahagian komen (blog ini) untuk memudahkan saya menyemak penyertaan. (DONE)
9) gambar anak sendiri yer..( taknak gambar anak orang ) (DONE)
10) juri adalah waz (anak sulong) dan maknye...:) (OK)
11) tag kepada kawan2 anda seramai 5 org shj ok (DONE)

So, gambar yg saya pertaruhkan ialah ::

Nama Anak : Nur Irfan Hakim b. Mohd Nor Ezrie
Tarikh Lahir Anak : 3 April 2009
Nama Ibu : Juliana Jaafar
Ayat Power :
"Fullaweh!! sedap betul maruku kt tmpat kenduri ni.. smpai blurr saya dibuatnya keras sgt maruku ni.. "


saya ingin menTAG :
(1) Mak Izz
(ii) Ibu Sofia
(iii) Mama Marissa
(iv) Mama yaya & danish
(v) Wanna



Tuesday, January 4, 2011

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

saya telah ditag oleh Puan Intan Suraya.. so, nk join tag/contest ni la.. hadiah2 pun best.. contest ni dianjurkan oleh Puan Nani a.k.a mama kembar 3. sapa nk join.. sila tgk link NI..

Syarat-syaratnya:
1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia. (done)

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! (done)

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets". (done)

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya. (done)

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.

6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini.

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8. Tarikh tutup: 6 Januari 2011

dan hadiah2nya ialah :

Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Kedua:Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Ketiga: Telekung Travel


Saya ingin menTAG : kak neena, wanna, Kak Deqna..

Thursday, December 30, 2010

GIVEAWAY eqbalzack "SERBA SATU"

adoii!! hujung2 tahun kena tag contest pulak.. erm.. apa2 pun aku rela je nk buat coz hadiah2nya adalah dari IKEA.. hehehe.. saja la mencuba nasib.. tq to Intan Suraya / mama Adam coz tag i ok!! konon2 reasonnya nape dia tag i sbb i adalah blogger paling aktif di antara kawan2 blogger yg lain.. hahah.. lawak je rasa.. mybe aktif lately ni kot..coz aku pnya azam di entry yg NI.. sebelum2 ni mmg suam2 kuku la..

ok.. ni contestnya!!!


Syarat-syarat :

1. Jadi Followers eqbalzack.com. (DONE)
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" (DONE)
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com. (DONE)
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu. (DONE)
5. Tinggalkan link anda pada entry ini. (DONE)

Tarikh Tutup:
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan:
1.1.11 jam 11.11 pagi

hadiah best!! klu ada rezeki, leh la melaram deco2 kt umah baru.. insyaAllah.
Erm.. nk tgk tuan punya blog sila la jenguk kt sini.. betul kata intan suraya, tuan punya blog ni mmg hensem...

Org yg saya tag ialah NuR ADHa Khalid.. oleh kerana beliau adalah penggemar barang2 IKEA..

~choW~