Al fatihah buat din beramboi.. ekceli agak terkejut bila dgr berita di hot.fm pg td. Sesungguhnya kehilangan arwah amat terasa sbb lawak dia mmg kelakar abis.. especially cite Spontan kt astro Warna.. memang kelakar abis klu dia yg jadi pemain. Npknya lps ni takde dh la lawak2 kelakar selamba dari arwah..
tp apa yg buat aku sedih td.. bila dgr hot. fm masa tgh drive td ialah, topik hot chat pg ni ialah 'kehilangan org tersayan'.. terus aku teringatkan kehilangan arwah adik aku.. n ada seorang caller call hot. fm untuk kongsi cite kehilangan org tersayang dia iaitu mak dia.. so sad dgr cite caller tu.. nasihat dia kepada sume, supaya kita menjaga org2 yg kita sayangi semasa masih hidup..huk! huk.. sob!! sob!! sedih.. aku drive pun pg ni slow motion je.. smbil rasa nk menitik air mata teringatkan arwah adik aku..
esok kan irfan lahir.. pada hari ni setahun yg lepas, arwah adik aku ada sms aku selepas family aku dtg utk melawat aku di hospital.. time tu contraction aku sgt kuat.. dlm sms arwah, dia ada ckp dia soh aku kuat utk hadapi contraction aku tu, n dia ckp.. dia telah lalui saat2 yg paling sakit.. n pada masa tu dia ckp dgn penuh semangat. aku rasa mcm sedikit lega dengan kata2 semangatnya tu.. aku lega kerana dia tu sendiri yg ada semangat utk lawan penyakitnya. tp malangnya dia hidup tak lama.. rupa2nya betul apa yg aku tgk masa dia sakit tu mmg sakit n bukan2 dibuat2. ternyata tak mampu aku nk tgk dgn mata aku dia menanggung sakit tersebut.. klu la boleh dishare sket sakit tu utk ringankan sakit dia, aku sanggup..
So, pg2 jumaat yg mulia ni mood aku jadi mcm down sket.. mcm sedih, sayu, dan perkataan yg sewaktu dgnnya.. apa2 pun.. marilah kita sedekah al fatihah kepada ahli keluarga kita yg telah meninggalkan kita.. semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan bersama2 org yg soleh dan solehah.. aminnnn....
No comments:
Post a Comment