Spt biasa klu tgk je tajuk entry ni, sememangnya aku lega2 sgt.. apa tak nya.. minggu ni merupakan minggu yg paling perit bagi aku untuk daku lalui.. nak tau apa!! 1st, minggu ni merupakan minggu untuk aku hadiri interview CPD (Continuous Professional Development) atau bahasa melayunya ialah Pembangunan Profesional Berterusan. Tujuan benda alah CPD ni adalah sama seperti PTK.. PTK di usm sudah tidak digunapakai so, gantilah dengan CPD ni.. so, untuk aku dapat naik ke aras IV, aku perlu menghadiri temuduga n menghantar 1 tugasan untuk aku lulus kedua2 syarat ni.. temuduga tu untuk umum n tugasan untuk khusus. So, pendek kata, kedua2 benda ni aku harus dapat aras IV untuk aku dapat anjakan gaji (harap2 boleh la lulus). Dapat lah jugak naik gaji sket n murahla rezeki Irfan.. amin.. (insyaAllah)..
So, interview tu telah berlangsung pada hari Isnin, 9 Nov 2009. pada hari tu hanya Tuhan je yg tau camne perasaan daku.. dah lama tak ditemuduga.. mula2 rasa mcm2.. mkn pun tak lalu.. alahai.. nk harap baca buku dgn irfan mmg masak la aku.. pakai takde benda yg masuk dalam kepala hotak aku nih.. aku hanya la redha n berserah pada masa tu. nk kata ilmu penuh di dada, jangan harap la... So, lps interview alhamdulillah, sume berjalan dgn lancar.. apa yg aku fikirkan sebelum ditemuduga tak la seperti yg difikirkan..
Selepas ditemuduga, mulala aku terpikir soalan tugasan yg aku dapat.. FYI, aku kena submitt tugasan pada hari esok iaitu 13 Nov 2009 tp masa hari temuduga tu aku masih lg tak pilih tajuk apa utk setelkan tugasan aku.. 2 soalan diberi di mana aku perlu menjawab hanya 1 soalan sahaja. So, lepas je habis temuduga, aku telah bertungkus lumus cari bahan n siapkan tugasan tersebut.. dan alhamdulillah pada hari ini, khamis aku telah selamat siapkan tugasan n telah selamat mendespatchkan tugasan daku dan ianya selamat sampai ke Unit Latihan pada hari ini..
Fuh lega dua bab.. baru dua bab tau.. ada lagi tau.. korang nk tau.. erm.. aku bagi hint2 je ek.. tak dapat la aku nk citekan keseluruhan cite ni.. sbb masih lg tak rasmi.. so, aku nk cite yg aku lega sgt sbb aku punya bos utk tahun dpn ialah orang yg aku rasa mcm best ... hehe. boleh cmtu plak kan? bukan apa.. kan aku serve timbalan dekan utk pusat pengajian daku ni.. so, end of this year dah tamat kontrak timbalan dekan.. so, kena la ada pelantikan baru.. org lain atau still bos aku aku tak kisah sgt.. tp klu still remain bos aku lg aku suka.. sbb bos aku baik sgt2.. tp klu org lain pun aku tak kisah.. as long org tu ok.. So, apa yg aku leh katakan di sini, aku lega dengan pra pelantikan. tp pelantikan yg sah belum tau lg.. nti bila dah tau sapa bos aku yg sebenarnya nti aku cite k!! so, tu la 3 benda yg membuat kan aku kata "fuh!! lega rasanya"
So, chow dulu k!!
p/s : kesian daku n irfan sbb papa irfan outstation. Tinggal la daku n irfan berdua-duaan di rumah.. pening gak nk tgk irfan sorang diri.. (benda ni membuatkan aku tak lega lgsug). Cpt la hari ahad.. papa akan balik.. tu pun klu keje dia tak drag ke hari isnin ke selasa ke rabu ke khamis ke.. Waaaa!!! tidakkkkk!!!
No comments:
Post a Comment