Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 6, 2010

Family Trip to Cameron Highland

Cameron lg?? ni merupakan kali ke2 aku ke cameron highland.. mmg tak dinafikan dh naik boring p sana.. tp oleh kerana jarak CH dari umah parents aku makan masa 2-3 jam je nk smpai.. n klu nk p balik hari pun ok, tu pasal aku gagahkan diri jugak ke sana.. lg pun this time, bapak sedara aku yg ajak kami sefamily utk ke sana.. oleh sbb dia tak penah smpai lg CH, so aku pun ikut je la.. lgpun CH ni best satu je.. sbb cuaca yg sejuk n nyaman.. elok la sekali sekali rasa mcm kt oversea wlupun tak dpt p oversea.. hahaha..

ok..let's start the story.. alkisahnya.. aku telah bercuti pada Jumaat lps.. balik umah my parents pada Khamis mlm tu.. smpai umah my parents dlm kul 9.40 mlm.. smpai2 je penuh dh umah dgn family Pak Njang (bapak sedara aku a.k.a adik kepada my mom), & tok aku.. utk pengetahuan, tok aku tinggal dengan Pak Njang di kampung.

Kami bertolak ke CH pada hari Jumaat. Kami konvoi 2 kereta iaitu keta aku n keta Pak Njang.. my mom & my dad & adik aku kena bertolak lewat sket coz my dad keje pg tu.. so, oleh kerana tak mau membazirkan masa yg ada, aku n Pak Njang's family bertolak dahulu.. Keadaan jalan raya agak ok. coz bukan cuti sek compared to last trip ke CH masa chinese new year.. jgn haraplah jln nk clear.. so, for conclusion, nk p CH p la time bukan cuti sekolah ok.. especially hari Jumaat, mmg jln clear.. tp hari Sabtu je dh npk makin byk keta naik ke CH.. ni berdasarkan pengamatan aku masa turun dari CH (cewah..tetiba terguna bahasa baku pulak).. hehehe..

Seperti biasa dh jauh2 perjalanan ni, haruslah stop sebentar nk buang air, ambik angin, longgarkan urat2 yg lama kejang duduk dlm keta lama2.. bg en hubby of kos la mengecas tenaga.. apa lg?? hisap roti jari yg kuar asap la.. oh ya!! my en hubby ni mmg smoking ya!! klu tak, tak macho la.. (macho la sgt kan?? mengundang maut ada la!!.. hah! mls ckp pasal ni.. dh slu sgt ckp stop smoking, tp gitu la dia)..

smbung cite.... kami pun stop di Green View Garden utk rest2 jap.. sebelum ni penah aku cite kt entry NI juga. boleh dikatakan tiap kali ke CH mesti akan singgah di Green View Garden ni.. jom layan2 pics kt Green View Garden..

cak!!! irfan di sini...

aksi tayang buntut!! buntut girl jugak yg seksi kan? hihihi..
depa sibuk tgk ikan dlm kolam tu..

"eee.. geram la tgk ikan2 ni.. irfan nk pegang boleh?"

"cute tak saya?"

"nape Pak Long Syam tgk irfan tu?"
Pak Long Syam = sepupu aku a.k.a uncle sepupu irfan

ni la gaya irfan yg nk tgk ikan.. aku nk bergambar dgn dia pun sgt susah..

tgk irfan tu! punya la tak dok diam

ni pun sama.. tak mo diam.. aku sorang je yg senyum..

oo.. rupa2nya nak naik benda ni..
"meow! meow! meow!"

"ha.. dpt naik dh.. "

posing sket!!

"Cheeerssss!!!"
alamak blurrr la..

Ummi Humairah, sepupu aku

ok.. lps rest2.. kami sambung perjalanan kami.. terus ke destinasi seterusnya iaitu cek in di Puncak Arabella Apartment. kami smpai ke Puncak Arabella Apartment pada jam lebih kurang 3 lebih ptg tu.. agak lmbat perjalanan kami sbb hujan renyai2 masa otw ke CH n setibanya di CH.. Aku telah pun booking Puncak Arabella Apartment 4 hari sebelum p ke CH.. tkt jugak klu cari on the spot tkt takde kosong.. so, better awal la.. utk pengetahuan jugak Puncak Arabella terletak di Tanah Rata.. ekceli aku lebih suka stay di Brinchang coz dkt dgn semua tempat2 yg boleh dilawati.. tp oleh kerana di Brinchang apartment adalah sgt terhad so, terpaksala stay kt Tanah Rata.. Tanah Rata dgn Brinchang pun tak la jauh mana.. so, ok2 la..

Sampai je Puncak Arabella Apartment, terus rest la.. not bad apartment tu.. besar.. sesuai utk family vacation.. ada 3 bilik harga RM250.. ok sgt kan? aku takde ambik gambar dlm apartment ni.. tp jom layan pics irfan dlm apartment..

ha.. irfan dh start ukur rumah

irfan tgh makan biskut

posing tutup mata

makan lg..

pakai kasut occay!! coz lantai sejuk

view dari apartment kami.. kabus selepas hujan

Puncak Arabella apartment

jalan ke Puncak Arabella Apartment yang berkedudukan di atas bukit

Ptg jumaat tu lepas je my parents sampai ke CH, kami pergi ke pasar malam Brinchang.. n of kos la tak kuasa nk ambik gambar dgn keadaan yg ramai2 org tu.. wlupun ada segelintir manusia yg begitu.. smpai sesak jalan disebabkan mereka2 ini.. abaikan jelaa cite mereka tu ye..

abis je shopping menshopping, kami terus balik ke apartment.. tak larat maa.. harus la nk rest pulak!! So, sesi mengrestkan diri la

~~~ restttt & Zzzzzzzzzzz ~~~

sambung story, cont next entry ya!!


No comments: