Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 30, 2009

ohh..ohhh.. Balik Kampung..!!! - Catatan 17/09/09 (Part 1)

Balik Kampung.. itulah tajuk entry aku kali ni.. Macam lagu raya arwah Sudirman. Tp korang jgn salah faham tau.. aku tak balik kg aku tp balik kg sebelah asben ku. Ternyata benar dan aku tak bohong, tahun ni merupakan turn raya Aidil Fitri di sebelah keluarga en hubby ku.. En hubby of kos la gumbira tahap cipan.. tak terkata olehnya.. hari2 dia dok hitung saat2 nk balik Kelantan.. tu katanya la.. aku tak kata pun..hihi..

K la.. let's start!. Aku mula bercuti dari 17 September 2009 (Khamis).. Pg2 buta selepas sahur + Subuh aku pun telah memulakan perjalananku utk balik ke Kelantan.. Aku telah berkonvoi bersama kawan en hubbyku di mana merangkap kawan ku jugak la sbb wife kawan en hubby ku tu keje usm gak.. n nk jadi kebetulan wife kawan en hubby ku tu adalah kakak kepada kawan baik aku.. Janji nk betolak dari rumah kul 6 tp aku agak tersasar gak dalam 15 minit cmtu.. N silala korang sume tahu ye, Irfan tak mandi pg tu.. aku hanyala tukar diaper dia saja bila bangun tido. takkan la nk mandikan dia plak kan pagi2 buta tu, sure dia nangis.. irfan tu bukan boleh sgt, wlupun dia hantu air..tapi klu kena air sejuk, mau meraung dia.. Aku just tukarkan baju Irfan, pkikan baju sejuk. Kul 6.15 aku bertolak dari umah dan teruskan perjalanan. Kami berjanji utk berjumpa di Petronas jalan ke highway BKE.. setibanya aku di sana, masa tu dalam kul 6.40 (syok jalan sbb bridge clear gila pepagi buta) En Wan Irwadi (eh.. betul ke nama) a.k.a kawan en hubby ku tu tak smpai2 lgi.. Aku pun tunggu sambil salin diapers irfan.. dalam kul 7.10 pg Wadi sampai.. so, kami pn terus bertolak ke Kelantan.. Alhamdulillah jalan sgtla clear.. hanya beberapa buah kereta je yg aku npk pg tu.. oleh kerana jalan clear n tak jem lgsung..aku smpai di Jeli pada jam 10 pg.. aikk.. cepat lak kan..? rupa2nya en hubby ku gitau yg dia bawak keta laju.. yg best aku tak perasan yg hubbyku bawak laju sbb aku sibuk dok layan irfan kat belakang.. klu aku sedar, aku la org no. 1 bagi khutbah pjg ttg bahayanya drive laju2 di jalan raya.

Ok.. setel bab tu.. lebih kurang 45 minit aku smpai di Rantau Panjang.. Stop kejap ingat nk tgk2 barang sket.. tapi memandangkan dua2 family beranak kecik, korang faham2 la ye... aku plan nk beli narita kat kelantan.. tp ingat nti smpai leh jalan2 kat Pengkalan Kubor.. utk pengetahuan kalians sume kg hubby ku tak Tumpat, nun jauh dkt Thailand sana n dekat sgt dgn Pengkalan Kubor. Tp kan.. aku tak dpt pun g Pengkalan Kubor..sbb kesuntukan masa.. jadual n aktiviti di kg sgt padat (chewah.. mcm artis lak, overrrr tauuu)

Pendekkan cite jam 1.30 cmtu aku smpai di rumah nenek hubby yg kitaorang panggil dia Tok Ma.. So, nk mkn tak leh sbb posa.. so, apa lg kami buat saling merehat2kan badan.. yg best Irfan ptg tu lgsung tak tido.. mungkin dia rasa lain kot sbb jalan jauh n dia berada di tempat yg dia tak penah smpai.. FYI, tu la kali pertama irfan ke sana. hehe..

Masa aku smpai di rumah Tok Ma, takde sapa di umah kecuali Tok Ma n adik ipar aku.. My parents in law tak smpai lg.. Dorang stay kat Terengganu, n hari Jumaat baru dorang akan balik ke Kelantan. Tok Ma lak jarang2 dok umah, dia stay kat umah ayah Su, adik MIL yg bongsu. Tp time tu kan dah nk raya, so dia balik ke umah dia awal la kebetulan lak adik ipar aku ada di sana, dia soh adik ipar aku temankan dia terus smpai raya.

Ptg tu, aku tak sibuk2 pun fikir pasal juadah berbuka sbbnya aku dah plan nk berbuka kat luar since Tok Ma pun nk berbuka kat surau, takkan aku nk masak kan? 4 sure la TIDAK..heheh.. n adik ipar aku lak dah memang janji nk berbuka dgn awek dia.. al maklumla kan, sekali2 balik Kelantan, sure la jumpa buah hati pengarang jantung.. hehe (jangan marah ha). Tp yg bestnya.. pusing punya pusing n call punya call my BIL cari tmpat nk berbuka (hubby ku tu dh lupa jalan2 kat kelantan tu [certain tmpat la]) last2 kitaorang berbuka di kedai yg sama..

K la.. jom layan pics pada hari tu.. utk hari berikutnya sila tunggu next entry ya..Daaaaaaaaaa

Jom Mama, Papa! Mama & Papa nk g mana? Irfan bawak..

Irfan yg tak mandi with en hubby

Irfan with me!

Suasana pagi yg mendamaikan.. ni tgh otw.. sory gambar kabur. ambik masa keta bergerak. sila la tgk kabus yg menyelubungi

Irfan yg steady jer hari tu.. Thanks anak mama! anak mama baik sgts.. n xbuat perangai pun sepanjang perjalanan wluupn tak tido.. Mama tau Irfan menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan kan? hehehe

Irfan with our Tok Ma a.k.a nenek en hubby

Kat Kedai Tom Yam time berbuka puasa

Try cap beli kat Rantau Panjang. RM5 jerk...

Pipi bulat irfan

Jom Buka puasa!!!


6 comments:

NeenaAnuar said...

Oohh.. parents adik stay kat T'ganu??? kat mana tue? kot2 kenai kerr... hihihihi...

Nur Irfan Juezrie said...

parents in law la kak.. kat Bukit Payung. saya pun tak penah smpai lgi.. sbb FIL baru je pindah keje kat sn.. sblm ni dia keje kt KB.

Nur Irfan Juezrie said...

kak neena, anyway thanks sbb follow blog sy..hihi

Mak Izz said...

uish tadi akak dh comment tapi x masuk pulak ye. ke.. ju delete? hehe. ok comment lg sekali tp msg yg sama.

bestnya irfan balik kampung dok dalam carseat baru. (bukti carseat baru, plastik ada yg tak tanggal lagi) heheh.

bestnya balik kelate ikut jalan grik ke jeli. jalan waktu pagi, lalu tasik banding. awan berkabus huhu.. best2 nyamannyer.

ar cptla cite pjlnan hari raya. akak tau, mesti byk cite ni. cite kelate x abes lg, kedah blom start lg. huahuahua..

Nur Irfan Juezrie said...

haha.. tau takpa.. tula.. takde masa lg la nk cite.. insyaAllah esok rehat lama ju update sume cite (klu boleh la). almaklumlah nk cite kesemua hari bercuti.. jenuh jugak tuh..

fae said...

best nya irfan balik kampung.
baik je dia duduk dlm carseat tu..

faris tak mo duduk diam, klu makan kat kedai, alamat memang kena gilir2 la..

gamaknya nak kena letak dia dlm carseat jugak la..