Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 5, 2009

Ke Mana Aku Menyepi?

Hai kengkawan.. mesti korang tertanya2 ke mana aku menghilangkan diri kan? (tertanya2 ker??)... erm.. actually klu korang tgk last entry aku adalah pada hari Jumaat minggu lps iaitu 28 ogos 2009. Masa tu aku berjaya menggodek n membarukan wajah blog aku. Pstu, hari isnin cuti merdeka, hari selasa tak sempat lgsung nk godek blog sbb aku bz gila di ofis kerana kena gantikan PA dekan yg bercuti menyambut cucu sulungnya.. cucu merdeka u alls.. erm.. so, oleh kerana kesibukan yg melampau, aku pun tak update apa2 padahal aku ada benda nk tunjuk kat korang.. iaitu... CARSEAT BARU IRFAN.. kalau org terperasan kat entry sebelum ni, aku ada cite yg carseat irfan yg lama dah kecik n tak muat utk irfan yg bam bam tu.. so, hari khamis (27 ogos 2009) aku telah ke giant untuk membeli carseat baru dia.. so, tgk la kat bawah ni..

Sory ek.. irfan baru bangun tido.. ni otw nk bertolak ke kedah, balik kg. nenek irfan... ni muka seposen irfan..

vrommm.. vrommm.. .. Irfan nk gerak dah ni.. selamat jalan.. berhati2 di jalan raya.. ingatlah org yg tersayang

Smbung cite... PA dekan cuti selama 3 hari iaitu selasa-khamis.. so, aku dgn kerja2 aku pun yg tgh banyak, hanya la redha dengan ketentuan iaitu aku kna gantikan PA dekan disamping menjadi PA utk bos aku n jugak menyiapkan keja2 aku.. so, aku dgn ke hulu ke hilir, terkejar sini n sana pada hari tu.. tibalah pada hari khamis, sewaktu bangun utk sahur aku terasa lain mcm .. rasa tak sedap badan, tekak perit, tak larat, badan panas,.. hah.. aku telah jatuh demam.. Namun ku gagahkan diriku jugak untuk siapkan juadah utk bersahur.. lps bersahur, aku terus tido balik, slu aku tak tido balik tp oleh kerana hari tu sungguh tak larat aku tido balik.. en somi telah mengecek suhu badan aku, n sah.. aku telah demam.. suhu badan 37 darjah celcius ++.. en somi pun menyuruhku berehat n tak payah ke ofis katanya... kul 10 pg aku ke klinik.. sah aku demam dengan suhu badan 37.9 darjah celcius.. Wah tinggi tu.. aku tak pasti apa punca aku demam.. mungkin aku keletihan, tambah plak bulan posa.. cuaca lak tak menentu.. spt biasa dalam keadaan yg agak lemah longlai aku sgt mengharapkan doc. akbar akan memberikan aku mc utk hari tu... tp alangkah terkejutnya aku dr. akbar bagi aku 2 hari mc... wah2..dia kata awak berehatla 2 hari..

Aku pun tima seadanya.. kena la rest kat umah je. Hari jumaat plan nk g keje sbb aku pun dah tak demam, tp aku makan ubat batuk time sahur tu membuatkan mataku amat berat utk bgn tido. So, aku ambik keputusan untuk rest saja di umah pada hari tu. aku teringatkan keje di ofis yg byk.. tp apa leh buat dah ditakdirkan pada masa ni jugak la aku tak sihat..

4 comments:

Mak Izz said...

wah seriusnya muka irfan duduk atas carseat tu. mesti rs pelik (mana kusi lama irfan?) hehe.. nsb baik demam skjp. psni jg kesihatan ok, jgn dmm lg. *bestnya dpt mc 2 hari. krm slm kt dr.akbar hehe!

Nur Irfan Juezrie said...

wah2.. tula.. irfan skg dah ok dah atas carseat baru.. blh lyn tido atas tu.. mula2 dia naik, dia tak mau dok diam.. terajang sana sini..

hehe.. dr. akbar mmg best tau..

sunmelonz said...

bagusla jue.. irfan nak dok kat car seat..:P.. anak ame dulu x mau...hehehehe.. jenuh pujuk..

Nur Irfan Juezrie said...

hehe.. mula2 terajang2 gak.. susah nk biasakan budak2 ni.. tp lps2 tu ok dah.. lega rasa.. klu tak lenguh pinggang dok bersilat dgn dia.. klu pgg dia, pki tak leh duduk la.. asyik nk diri je..
tu balik perak dah lenguh2 dah.. klu blik kelantan, pki tak tau nk habaq la.. hehe