Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 15, 2013

Cuti-Cuti Malaysia Pulau Langkawi - Check In @ Casa Fina Fine Homes Hotel | Dinner


Assalamualaikum..

bertemu kembali.. masih lagi story holiday aku ke langkawi dan masih lagi di hari yang pertama. 
selepas touch down, kami menunggu kawan my hubby untuk pick up kami di airport. sebenarnya kami sewa kereta kawan my hubby.  so, dapatlah murah2.  kawan my hubby ni kerja di SPRM cawangan Langkawi. so, kat sana dia pun ada jugak buat bisnes sewa kereta ni. dapatlah harga kawan2. so, kami sewa kereta Naza Suria dengan harga Rm50 sehari. so, untuk 2 hari aku hanya spend rm100 je. 

sebelum ke langkawi, aku ada survey tanya jugak harga kereta. sekarang harga sewa kereta pun dah naik.  kancil pun rm60 sehari, apatah kereta lain.  so, mujur kereta kawan my hubby ni masih available. 


aku sangat2 berpuas hati.. condition keta tip top utk kereta yang bergelar kereta sewa.

Selepas kawan my hubby dah datang ambil kami di airport kami kena patah balik ke Kuah utk hantar kawan dia balik ke ofis dia. kalau nak diikutkan jauh balik la sebab dari airport ke pantai Cenang dekat je. oh ya! trip kali ni, kami stay di pantai Cenang, last trip ke langkawi stay 1 night je kat pantai cenang, so tak puas. so, kali ni kami stay di Pantai cenang. bila kami kena hantar kawan my hubby balik ke kuah, perjalanan jadi lambat la sikit.. tapi takpe, dah petang kan so xde la apa2 aktiviti pun petang tu. 


after hantar kawan ezrie ke ofis beliau, kami singgah makan char koew teow di Pekan Kuah. tak silap nama kedai tu kedai Kak Jah Kondo. kenapa kak Jah kOndo? sebab location kedai tu betul2 depan sebuah kondo yg besar.. aku takde ambil gambar pun, sebab masing2 kelaparan.

selepas setel makan n shopping sikit barang2 keperluan, kami pun balik ke Pantai Cenang utk check in.. kali aku booking hotel tru agoda. 1st time aku book hotel tru agoda.. dapatlah murah sikit dari direct book from hotel. actually, murah tu hanyalah harga bilik belum masuk tax.. kalau dah masuk tax sama je harga book bilik direct from the hotel.

kali ni, aku stay di Casa Fina Fine Homes Hotel.. & 





aku pilih bilik yang paling murah iaitu standard king no window.. nama pun percutian bajet so haruslah yg murah2 aja.. antara banyak2 hotel yg aku stay, ni la hotel 1st aku tak ambik pics tau.. ntah kenapa. sampai je hotel terus baring malas, lagi kul 7 ja terus layan Love U Mr Arrogant, terus lupa nak ambil gambar.. hihi.. location hotel Casa Fina terletak di agak hujung jalan pantai cenang dah.. dekat dengan Underwater World, Mcd n Cenang Mall (landmark yang senang utk dicari). ia tak terletak di tepi pantai tau, hotel ni di sebelah kiri jalan. belah kanan pantai. hotel ni ada banyak jenis bilik la.. ada yg jenis chalet macam pic ni.. 


tapi bilik ni mahal sikit la.. 

bilik standard room aku ni tak attach dgn bangunan receptionist tadi tau.. bilik aku kat atas kedai. so kena jalan sikit la.. tapi tak jauh pun dari bangunan receptionist.


otw nak ke bilik.. kena lalu sini..
sini
ada 4 bilik kt atas kedai ini.. btw, yeahh!!
CENANG DUTY FREE SHOPPING CENTER.
kalau rasa nak makan coklat boleh turun kedai dan beli..  abaikan model kecik tu.. oh ya.. kalau korang tengok irfan pakai swimming suit kan, actually gambar ni diambil pada hari kedua lepas balik dari island hoping. 
ni la laluan yg perlu kami lalu utk ke bilik. banyak kedai ala2 omputih kt situ.. red sky & red tomato
4 bilik yg ada kat atas kedai tu ialah 201-204.. bilik aku 204..
abaikan model baju mandi tu.. 
ni room rates dia.. kalau korang boleh tengok utk bilik Standard King RM118 (weekday).. 
tru agoda tu, aku hanya bayar sebanyak RM107.27 x 2 nights = RM214.54 tak termausuk 10% cukai.. include 10% cukai, jumlah yang aku kena bayar ialah RM236. sama jugak kalau book dari hotel rm118 x malam = rm236 jugak
ni pulak gambar bilik yang aku stay.. boleh la kan? ada toilet, coffee maker sume bathroom amenities siap dapat berus gigi tau.. selalu hotel mahal je ada berus gigi kan? kira ok la.. :) 
menyempat je layan Mr Arrogant

akibat makan char koew teow petang tadi, malam tu tak berapa nak lapar sangat la.. so kami keluar dinner lambat sikit.. haruslah aku idam2kan nak dinner kat kedai fav aku kalu ke langkawi iaitu Bamboo Cenang Restaurant. boleh klik SINI utk view aku punya last visit kt Bamboo Cenang Restaurant. 

Al-kisahnya.. malam tu kami ke location kedai yang sama macam tahun lepas.. tp alangkah tekejutnya kami sebab kedai tu dah berubah.. and memang sah2 orang lain take over kedai tu.. nama pun lain.. terus macam upset giler.. terus macam kenyang xbestt.. my hubby cakap try jela makan situ.. mana nak cari kedai bamboo cenang tu lagi kan? yela.. aku ikutkan aje, main dgn perut dah mula berkeroncong. 

hajat di hati nak makan sedap terbantut, asalnya kalau bamboo cenang, aku nak makan butter prawn dia.. mmg besttt i tell u.. tp adh tukar owner.. tak berani nak order takut tak sedap.. actually, dah tawar hati tu yg order  biasa2 jela.. so, malam tu kami just order ikan siakap stim n sayur with nasi putih. punya la upset gambar pun tak ambik tau.. tp oleh sebab sedap siakap stim dia, so aku tunjuk kat korang gambar ni ok!

bukti .. dah tak nampak rupa ikan

ok.. selesai makan.. kami pun balik ke hotel dengan gembiranya.. kenyang perut suka hati. babai.. jumpa next entry.. 

5 comments:

Kak Adha Comel said...

bilik nampak luas. percutian bajet pun 1 mlm RM100 lebih gak. langkawi standardla kan. try x booking RPP hari tu? (tp sll penuh jer. kena book awal setahun at least)

sedapnya siakap tu. licin kau!

Nur Irfan Juezrie said...

kak Adha.. thanks.. sepantas kilat u olls.. hehe.. aha.. bilik dia agak besar.. boleh la.. irfan boleh main2 keta boleh lari2.. hehe.. ha.. bajet la tu akak.. mana nk cari hotel murah2 skg .. langkawi pulak tu kan.. RPP mmg murah kan.. tp kena book awal.. insyaAllah pas ni boleh try book RPP lak..

siakap? mmg sedap plus lapar.. sume mesti kena licin..

hazel flowersha said...

hi..sy nak gi langkawi bln 1 ni..ingt nak sewa kete..bleh tak bg no kwn hubby akak tu...heheh since mcm murah je.. :) if u dun mind lah...tq ni email sy sha_nzm86@yahoo.com

Nur Irfan Juezrie said...

hi.. boleh2.. nti akak email kt awak no phone dia k.. tp tak janji la dpt hrga rm50 tu ke x.. sbb tu harga kawan2.. xpe nti awak kautim dgn dia.. hehehe

Siti Shuhadah said...

hotel not bad... ok dah masuk list..hehe..tq ju..