Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 11, 2013

Holiday Medan 22-25 Jun 2013 - Lunch @ Lubuk Idai / Grand Mosque / Istana Maimoon / Shopping @ Kedai Hajjah Mariani / Medan Mall / Kedai Kek Lapis RIKA / Medan Sogo

Assalamualaikum..

Sampai je Kota Medan, kami terus ke tempat lunch.. dah tengah hari time.. haruslah perut bunyik2.. kali ni kami makan tgh hari di Rumah Makan Lubuk Idai. masuk je ke kawasan jkedai makan tu, mcm ada perasaan best sebab exterior kedai tu pun dah macam menarik..tambahan lagi dgn perut yg dah bunyi2 kan? hehe.. aku n hubby kat medan ni, bab makan macam tak risau sangat esp time lunch.. sbb mmg macam tertunggu2 je time makan.. sebab kami laki bini mmg suka masakan minang.. masakan minang lebih kurang macam masakan melayu jugak cuma ada la a few yg aku xpenah tengok. 

jom tengok pics sambil aku story!


kami @ Rumah Makan Lubuk Idai di Kota Medan
1 yang best kedai makan kat Medan ni, dorang akan siapkan set pinggan dan air basuhan tangan camni.. kalau tak salah, aku penah cite kat entry lepas kot.. tapi yg best kedai ni letak hirisan limau dalam air basuhan tangan.. pastu, set pinggan tu jugak akan ada  gelas air kosong. dalam pakej yang kami ambik ni, food hanya datang dgn air kosong.. kalau nak minum air manis kena order n bayar sendiri.
meh aku zoom sikit! ni yg aku kata aku xsabar nk makan kt sana.. mmg bestt!! lauk pauk dia portion besar n banyak menu.. walaupun kta malaysia xreti makan byk2 lauk, tp kt sana otomatik jadi reti sbb nk cuba kan!
sila abaikan  muka lapar n xsabar itu..
ha.. posing dulu sebelum makan. Adi sibuk cedokkan nasi.. thanks Adi..
semua lauk pauk.. ala.. sambal tu sedapnya.. tingat pulak aku.. dh la 1st day puasa ni.. 
muka puas hati n kenyang
bayar timee!! bayar minuman manis yg kami order.. 
saja je ambik pic ni.. pertamina.. petrol station kat seberang jalan rumah makan Lubuk Idai
next stop ialah Grand Mosque @ Masjid Besar Medan . tak masuk pun.. just lepak kat luar2 tu je.. 
kawasan luar masjid.. banyak gerai makan..

me & hubby bergambar kenangan berlatar belakang kan Grand Mosque
next stop ialah Maimoon Palace @ Istana Maimun.  patutnya dalam itinerary, melawat Istana Maimoon  ni adalah pada hari 1st sampai Medan.. lepas turun flight terus ke sini tapi sebab tour kami dgn Adi n Chrispin kan.. so that time Adi n Chrispin dh gerak ke Parapat sbb flight dorang dari KL awal pagi.. 
Istana Maimoon ni ialah istana Sultan of Deli yang dibina pada tahun 1888




di bahagian luar istana.. 

love...
patutnya kami ke Pasar Ikan.. mmg heaven la shopping kat situ.. tp oleh kerana aku sorang je perempuan dalam kereta tu..suara majoriti sume tak nak pergi ke Pasar Ikan.. so, aku redooo.. so, kami ke sini.. Kedai Hajjah Mariani.. 

Santo kata kat sini pun murah kalau nak beli telekung.. so, ok jer la.. mmg agak murah pun sebenarnya..  kedai pun besar dan banyak pilihan.. untuk pengetahuan, kedai hajjah mariani jugak dok eksport kain telekung ke malaysia. yang dijual di Kelantan tu dari sini la. .
jam besar di Kota Medan. next stop ialah Medan Mall.  tapi aku takde ambil gambar pun kat Medan Mall.. kami just pusing2 mall tu n lastly sementara tunggu Santo, kami makan kat Dunkin Donut jer.. sebab petang tu agak easy n free .. badan penat n letih sama hari tu..


next stop ialah Kedai kek Lapis RIKA.. Santo kata kedai kek ni antara yg femes kat Medan. ekceli kami pergi sana utk booking jer.. then ambil  kek yg baru dibakar b4 ke aiport balik keesokkan harinya.. baru lah fresh kek lapis.
cuba jangan xcuba
Bika Ambon & Lapis Lengit
oleh kerana banyak masa lagi.. kami ke Sogo.. Sogo ni takde takde dalam itinerary. tapi dah ada banyak masa lagi,  Santo suggest p Sogo.. padahal aku xtau pun ada sogo kt Medan.. tau Sogo kt KL jer.. huhu.. rupa2nya lagi gempaq dari KL .. besarrrrr.. 
tak ingat la masa tu ada muvie apa ntah baru keluar.. kam ber4 punya la cari cinema nak tgok muvie tu.. alih2.. cari cinema sepasai sampai sesat2.. last jumpa cinema.. tiket sgt limited n muvie pun limited.. so tak tengok la..

lepak2 je kat situ.. tp mmg enjoy abis la.. jalan2 tgk orang.. hihi :p
bye2 sogo.. gambar blurr.. ambik dari dalam kereta.

aCtually kan? aku pun confius nape Santo masih nak habiskan masa kat jalan.. sedangkan boleh je bawak ktorang check in terus.. sebab kalau aku, mmg xde hati dah nk jalan2.. mmg nak rest jer time tu.. seriously penat sgt.. time tu dah pukul 6 lebih dah.. pelik jugak takkan hotel tak boleh check in lagi.. oh ya .. malam terakhir iaitu malam ke3 kami overnite kat Kota Medan.  rupa2nya, malam tu kami ada dinner special.. mula2 masa kat Sogo, Santo tak inform pun kami akan dinner kat tempat lain.. mati2 ingat dinner kat hotel macam biasala.. rupa2nya ada sebab nape dia xbawak kami check in dulu, sebab malam tu kami dinner kat hotel lain.. bukan hotel penginapan kami.. just purposely for dinner jer.. patuttt laaa.. kata Santo, kalau hantar masing2 ke hotel penginapan dulu, nanti nak kuar balik ke hotel utk dinner takut jammed. lagipun Adi n Chrispin stay kat hotel lain.. kami hotel lain.. so, baru sume persoalan terungkai.. 

ok.. cite dinner best kat nex entry la ye.. :)


2 comments:

Mak Izz said...

part makan2 dan menyopping mmg terbaiklah kan. hahak! menu pulak sume ala kampung, hem... mmg teruja. bila la i nk merasa melancong ke medan nih :p

melencong ke medan mara je la jawabnye. hehehe.... giler ah sogo dia besar kot. x shopping kt sogo ke? ^__^

Nur Irfan Juezrie said...

hahah. bab makan mmg xrisau.. mmg sume terbaikkk n selera tekak kami.

hehehe. xpe.. kumpul duit, nti boleh punya.. lg pun medan dekat jer.. balik hari pun boleh.. ha.. sogo besar .. xshopink apa pun kt sogo.. sama je mcm mall kt malaysia..