Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 10, 2013

Holiday Medan 22-25 Jun 2012 - Lunch / Simarjarunjung / Sipiso Piso Waterfall

Assalamualaikum wbt..

Selepas habis aktiviti cruise Danau Toba, kami dibawa ke local restaurant untuk makan tengah hari. Selepas lunch, terus meneruskan ke destinasi yang kedua iaitu Berastagi. Berastagi merupakan kawasan tanah tinggi dan sejuk di Medan. kalau kat malaysia Berastagi macam Cameron Highlands la.. tapi dalam perjalanan ke Berastagi kami berhenti di tempat-tempat yg menarik utk dilawati. jom aku story dgn gambar.. 


menu hidangan tengah hari .. so far sume aku suka dgn lauk pauk di sana.. ni hidangan untuk 4 orang ye.. mmg banyak menu sekali hidang.. makan mmg xde istilah xkenyang..

untuk pengetahuan korang, perjalanan kami ke Berastagi bukan la ikut jalan yang datang dari Medan ke Parapat (Danau Toba), tapi kami guna route lain.. lebih kurang macam kami buat 1 pusingan la.. so, Medan-Parapat (Danau Toba)-Berastagi-Medan.. so, kami dah xlalu jalan datang ke Parapat dari Medan.. mengikut Santo, boleh juga kalau nak ikut jalan yang sama tapi jadi jauh balik.. so, kami ok jer.. kalau ikut jalan lain, lagi la best kan.. lagi la byk tmpat yg boleh kami lawati.. so, kalau ikut itinerary, kami akan berhenti banyak tempat jugak otw ke Berastagi seperti Simarjarunjung, Sipiso Piso Waterfall etc.. then baru sampai ke Berastagi untuk overnight malam ke2.



ha.. gambar di atas ni bukan la pit stop yg ada dalam itinerary.. untung jugak kalau tour xramai .. kami 4 orang je , aku n hubby + Adie & Chrispin.. orang sabah yg bekerja di KL.. nanti la aku story pasal Adie n Chripin ek? so, masa ni Santo kata kita stop kt sini utk ambik gambar.. mmg cantik sgt view dia ok! kalau Santo xoffer pun aku nk mintak stop jap utk ambik gambar.. belakang aku tu Danau Toba.. bila lama dah dok atas keta.. Danau Toba masih kami boleh nampak .. tu menunjukkan betapa besarnya Danau Toba.. 
cantik kan?? 
pokok apa ni ek?? aku lupooo.. 
ok .. sampai di lokasi yg pertama iaitu Simarjarunjung. kat Simarjarunjung ni femes dengan goreng pisang  dan teh halia..
aku tak tau la kenapa setiap sudut semua tempat view cantik..
cantik kan?? kat sini pun masih nampak Danau Toba walaupun perjalanan kami  dah hampir 2-3 jam lebih dari Danau Toba ke sini..



seharusnya berada di tempat yg cantik rasa macam kat setiap sudut inci tempat nak ambil gambar.. haishhh..
dah puas bergambar di kawasan luar kedai goreng pisang ni.. kami pun nak masuk ke dalam utk cuba goreng pisang n teh halia.. dah orang kata femes kan, mesti la nk cuba.. rugi xcuba.. nak datang lain belum tentu bila.. 
goreng pisang & teh halia..
jemput minum sume.. teh halia dia sgt pekat.. fuhh.. aku mmg susah nk telan air yg ada unsur2 pedas ni.. heheh.. en suami ambik teh biasa.. tp aku mcm nk cuba la.. tp berjaya jugak abiskan teh halia tu.
pasni membuang angin la kejenya ye? hahah :p
dah setel minum, makan & bayar.. jom nk balik.. xlupa bergambar di depan kedai .. 

Next stop ialah Sipiso Piso Waterfall.  Air terjun Sipiso Piso ni merupakan air terjun setinggi 110 meter. di kawasan Air terjun Sipiso Piso ni jugak kita dapat melihat keindahan luar biasa Danau Toba dari sebelah utara.. kiranya dah penghujung-hujung dah la Danau Toba.. lepas pada tu kita xnampak dh.. penah baca dalam blog orang lain, katanya Air terjun Sipiso Piso ni diberikan nama kerana air terjun ni sangat tinggi dan laju seperti pisau sebab tu namanya Sipiso Piso. 

jom tgk pics..


hari tu hujan renyai2.. ni baru lepas  hujan so cuaca kt situ sangat sejuk.. 
bukti sejuk.. :p
kasi zoom sikit gambar dia.. tu la air terjun Sipiso Piso.. dalam kan? untuk pengetahuan korang, boleh jugak nak turun ke kawasan air terjun tu.. korang nampak tak mcm ada laluan tu.. ha. tu laluan utk turun ke bawah la.. Santo kata boleh nk turun tp nak naik balik ke atas ambik masa dlm 2 jam.. ko nak?? aku of coz la xnak.. maybe kalau ada masa boleh la kot slow2 turun n naik balik.. tp oleh sebab rushing, so xboleh la.. time ni pun lebih kurang jam 5 ptg.


me & hubby background north Danau Toba.. cantik sgt view kt sini.. 

gambar berdua harusla ada kan.. 

pekena kopi dulu.. en hubby pekena telur ayam kampung separuh masak.. 

ok.. chow dulu.. next entry cite Berastagi pulakkk.. stay tuned!!

2 comments:

Mak Izz said...

akak tgk pun sejukkkkkkkkkk... tergeliat lidah sebut nama waterfall tu. sipiso piso? best best..

Nur Irfan Juezrie said...

hihi.. teror la akak tgk pun dh tau sejuk.. hihi.. ha.. sipiso piso.. mcm sebut pisau bunyi jawa.. hihi