Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 3, 2014

Al-kisah Irfan & Tadika

Assalamualaikum..


Sebelum terlewat nak ucap selamat tahun baru 2014 kepada semua pembaca. semoga azam yg ditanam tahun ini akan dicapai sepenuhnya *meningatkan diri sendiri jugak*.  


PENGENALAN

Patutnya entry ini tahun lepas lagi aku kena review.. pasal irfan & school.. aku tak pernah update kisah irfan dan sekolahnya di blog aku ni. so, as well aku kena story cite ni sebelum irfan tamat zaman tadikanya.. hahaha

At the 1st stage, aku plan nak hantar irfan ke sekolah pada umur dia 5 tahun yakni tahun ini (2014), tapi main dengan pendirian tak berapa nak tetap ni, camnilah jadinya.  tengah bulan Mac 2013 aku, kak Zilla (ibu Rayyan) & Niza (ibu Izz) keluar survey tadika utk anak2 teruna kami.  untuk pengetahuan korang, Rayyan & Izz dah sekolah di Koperasi Tadika Minden (dalam USM) dari umur 3 tahun.  tapi time tu Kak zilla n Niza nak tukar angin katanya.. So, kami pun keluar survey. kami survey 4 tadika termasuk Tadika Prima Gemilang (tadika irfan sekarang) - fb TPG.. Masa kami survey tu kami disambut oleh Cikgu Siti. 

Tadika Prima Gemilang ni tadika baru tau. TPG officially dibuka pada Feb 2013. kiranya time aku  hantar irfan tu memang betul2 fresh lagi. 


MACAM MANA AKU TAHU PASAL TADIKA PRIMA GEMILANG?
1 hari tu, aku ada terima flyers TPG kat my office then rasa macam bestt je.. so terus call kak zila inform dia pasal tu.. 1st survey kami ke TPG.. mula2 pergi dah jatuh hati dengan TPG walaupun tadika yg berumur setahun jagung.. sangat2 fresh dengan dekorasi tadika menarik lagi menarik perhatian kami. TPG terletak di rumah teres 2 tingkat di Bukit Jambul. bagi orang Penang, mesti tahu lokasinya iaitu jalan nak ke Balik Pulau n Hotel EQ. 

after survey 3 tadika lain, lastly kami bersetuju utk hantar ke TPG. cinta pandang pertama gitu kan? asyik bercerita je.. jom tgk pics & i will describe dengan lebih detail lagi.


Tadika Prima Gemilang
sorry dalam simpanan aku takde gambar tadika dari luar.. 


SESI TESTING
kalau korang ingat, bulan Mac 2013 ada cuti sekolah iaitu pada 25-29 Mac 2013.  Cikgu Siti offer kalau nk testing dulu pun boleh nak tgk irfan ok ke tak kan? dengan FOC charges cuma bayaran RM15 utk duit makan selama 5 hari aku agreed hantar irfan test dulu selama seminggu.  alhamdulillah, sepanjang tempoh testing tu irfan ok sangat2.. masa testing tu Irfan & Rayyan.. Izz kebetulan pulak demam minggu tu, so Izz tak datang ke tadika la minggu testing tu..oh ya !lupa nak bgtau.. masa irfan testing tu students kat tadika tu tak ramai pun.. adalah dlm 2-3 orang.. so, sesi pembelajaran time tu pun agak tak formal n lebih kepada nursery.. 

lepas dari minggu testing, aku tengok irfan ok n aku plan nak hantar irfan terus ke TPG kiranya start 1 April 2013 la.. tapi Rayyan tak boleh join irfan join TPG on 1 April tu sebab Rayyan kena bagi notis 1 bulan kat tadika lama.  So, Rayyan akan start pada 1 Mei.  1 April tu aku tawakal je hantar irfan ke TPG, tapi irfan macam tak nak sebab Rayyan takde n tak ramai kawan masa tu.  So, aku pun decide utk hantar Irfan sama dengan Rayyan pada 1 Mei.  So, April tu aku masih hantar irfan kat rumah babysitter macam biasa.  


interior TPG.. 
irfan sangatlah excited kalau bab main2 ni.. 
see.. sampai aku rasa dia hyperactive hari tu.. 

tengok tu.. apa la yang dia buat tu?
dalam kelas pulak.. Rayyan, Irfan & Kharisa with Teacher Munirah (sekarang Teacher Munirah dah berhenti mengajar)




START 1 MEI 2013
So, secara rasminya Irfan start ke school pada umur 4 tahun pertengahan tahun 2013. alhamdulillah, dalam aku plan nak hantar dia ke sekolah pada umur 5 tahun, aku sikit pun tak rasa ralat sebab dalam tempoh masa tak sampai 2 bulan Irfan dah kenal ABC.. kenal bukan hafal. kalau randomly tunjuk huruf2 sume dia dah kenal.. secara keseluruhan 8 bulan (Mei-Disember) di TPG irfan dah boleh baca doa2 harian yang basic, alfatihah, bacaan dalam solat (cara budak2), niat solat (esp Asar), membaca dan kenal iqra', vocab semakin banyak dan lain2.. (tak dapat la si mama ni nk recall satu2, mama punya RAM dah slow oleh sebab faktor peningkatan usia).

Teacher Siti selalu update perkembangan budak2 melalui whatsapp.. kadang2 ada gelagat lucu tu terus je Cikgu Siti story terus tru wassap.  oh ya.. Cikgu Siti actually tak mengajar n lebih kepada hal ehwal pentadbiran tadika.  Dorang ada cikgu kelas yg khusus utk kelas nusery day care, 4 tahun, 5 tahun. Oh ya cakap pasal day care nursery, aku hantar irfan pagi hingga petang dengan bayaran RM400 sebulan.  Yuran pendaftaran mula2 masuk bulan Mei hari tu ialah RM200 without uniform. So, utk sementara waktu, irfan boleh pakai baju biasa.

apa irfan buat ni?? korek hidung??

seperti biasa. over excited.


UNIFORM - BAJU SUKAN
tak silap aku dalam bulan 9 kot, irfan dapat uniform baju sukan.. so tambah duit uniform RM70 utk 2 pasang.. uniform tadika yang official insyaAllah akan dapat dalam bulan ni, kiranya start 2014 baru ada official uniform.. 


sesi testing baju di sekolah .. pic sent tru wassap by cikgu Siti.
balik rumah @ parking kereta ambik gambar lagi.. hehehe.. kali ni posing dengan bag pulak.. 
ramai2.. 
kad hari IBu.. terharu mak nak!! tak tau la sapa yg menulis tu.. heheh.. 
pre shooting sebelum raya.. 
minum pagi.. makan roti.. ketupat takde ye? :p
ha! ni tak boleh blaahh.. belum betul2 raya dah berkepit dengan anak dara orang.. 

So, setakat tu dulu la buat masa ni.. aku akan update pasal irfan dari masa ke semasa. InsyaAllah kena rajin update supaya tak jadi macam entry ni. nama pun diary alam maya kan? so harusla kena mengabadikan segala2nya di sini.. 

chow! babai.. 

3 comments:

Mak Izz said...

hehe... a year after br dpt cerita ye. its ok. pasni kena lebih aktif mengupdate.

school irfan besar, agaknya thn ni dh ramai student kot. syok juga student x brp ramai ni cikgu blh fokus mengajar sorg demi sorg.

so this year hopefully irfan lebih cemerlang lg dlm pelajaran. bljr rajin2 ye irfan!

Nur Irfan Juezrie said...

kak Adha, tu la salah satu yg buat ju tertarik.. bila student tak ramai, cikgu senang nk tumpu lebih kat seseorang pelajar tu.. hehe..

insyaAllah, moga2 tahun ni lebih lagi ilmu yg dia dapat.. alhamdulillah takat ni nampak tak mengecewakan..

fiefa said...

salam,

sis nak tanya. kalau macam sy akan smbung blajar bulan 9 kat usm penang mana day care yang paling OK untuk budak stahun setengah. sebab memang betul-betul xtahu tempat kat penang ni..

fiefa9009@yahoo.com