Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 30, 2009

hai sume!!!

hai kengkawan.. sory la lately ni aku tak update cite kat blog.. aku skg ni sibuk dok join contest2 kat blog.. nape aku join? saja je.. rasa nk try.. tp tak harap apa2 pun.. just enjoy2.. di samping isi masa yg terluang (masa terluang la sgt kannn?? heheh). Ape2 pun korang doakan la aku berjaya ek.. ni pun rasa nk join lg ada a few contest.. actually dah lama dah dok tgk2 contest2 ni.. tp rasa mcm takde masa nk join.. pstu rasa mls pun ada.. terpikir lak, boleh ke menang.. tp fikir2 balik aku bukan nk menang pun (tak harap sgt la) just only for fun. Lgpun bukan rugi aku join if tak menang.. tak kuar duit sesen pun.. pstu since dah agak free ni aku pun decide utk join benda alah ni. last week aku agak bz sehinggakan nk bernapas pun tak lepas (tipu sgt kan??

Heheh.. k la. agak penat berceloteh ni.. see u kat next entry.. babai...

Thursday, October 29, 2009

ONLINE CONTEST-SENYUMAN CERIA SI COMEL


Online Contest ini dianjur oleh Smileykidz. Jom kita sertai contest ini beramai2 jom!!

Jom tgk syarat2 penyertaannya:
  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda (DONE)
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini (DONE)
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda (DONE)
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. (DONE)
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. (DONE)
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ . (DONE)
  • AMARAN: no link back will be disqualified (DONE)
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. (DONE)


Nama : Nur Irfan Hakim Bin Mohd Nor Ezrie
Umur : 6 Bulan 3 Minggu

MY FUNNIEST BABY CONTEST


Contest ini dianjurkan oleh uMiDaniSh - http://umidanishku.blogspot.com/. Contest ini bermula dari 20 Oktober 2009 hingga 13 November 2009. Terdapat 2 kategori untuk contest ini iaitu kategori A untuk baby boy dan kategori B untuk baby girl.. for sure la saya menyertai kategori A. Baby yang berusia 1 bulan hingga 3 tahun boleh menyertai pertandingan ini.

Syarat2 contest adalah seperti berikut:

1. Jadi follower UmiDanish dan sponsor2 dan add UmiDanish dalam bloglist anda (DONE)
2. Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entry ini (DONE)
3. Membuat entry mengenai contest di blog anda (DONE)
4. Dalam entry ini, upload satu gambar si comel anda dengan aksi funny yg paling menarik hati para juri. Sila nyatakan nama si somel dan umurnya. Sila juga nyatakan apa yang tedapat di semua blog sponsor UmiDanish. (DONE)

Nama : Nur Irfan Hakim Bin Mohd Nor Ezrie
Umur : 7 bulan

5. Dalam entry tersebut pastikan anda mention dan link ke UmiDanish dan semua sponsor (no link back will be disqualified) (DONE)

Apa yang terdapat di blog sponsor UmiDanish adalah:
(i) http://www.babyumishop.blogspot.com/

Menjual pelbagai barangan seperti Cloth Diaper, Breastfeeding Gadget (Cooler Bag, Spectra Set, Shoulder Bag Set, Breastmilk Storage Set), Set Ibu Bersalin dan lain-lain.

(ii) http://www.hidupharmoni.blogspot.com/

Menjual barangan seperti baju wanita, baju kanan-kanak, Air ECPI, barangan penjagaan dalam wanita dan lain-lain

(iii) http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/

Menjual barangan seperti Cloth Diaper, Jus Mate 5, Susu HI-Goat HR dan lain-lain.

6. Bila dah siap, tinggalkan link entry anda di entry ini. (DONE)



Tuesday, October 27, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

Contest ini adalah anjuran http://ometomeiorked.blogspot.com/

Antara Syarat2 Penyertaannya:
• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda (done)
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun (yes)
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini (done)



Nama Penuh: Nur Irfan Hakim Bin Mohd Nor Ezrie
Tarikh Lahir: 3 April 2009
Umur : 6 bulan 3 minggu

• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker (done)
•Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk) done

Pendapat : Saya n hubby amat berpuas hati dengan walker ini kerana penggunaan yang sebaik2nya oleh Irfan. Dari segi, design games2 yg terdapat pada walker ini jugak sy amat berpuas hati. Irfan dapat menggunakan atau bermain dengan alat2 tersebut dengan begitu cepat sekali. Saya n hubby beli walker ini adalah secara tidak dirancang.. Plan, nk beli bila umur Irfan 6 bulan ++, tp time beli walker ni umur Irfan baru 5 bulan ++. Saya n hubby boleh terbeli walker ini sebab masa di shopping complex tu, sengaja Hubby letakkan Irfan di dalam walker.. Irfan pulak npk sgt seronok dok dalam walker tu, so rasa mcm nk belikan untuk Irfan since mmg kena belikan pun nanti.. so beli la dengan less 20 % dari harga asal..

Kebaikan : Sangat berguna di saat2 saya n hubby kelam kabut tgh bersiap nak ke pejabat, time masak, time saya n hubby makan. Oleh kerana, Irfan sedang gigih dan aktif dengan aktviti meniarap n menelentang balik. Kadang2 kepala Irfan akan terhantuk pada lantai apabila dia menelentang ke belakang. Selain itu, penggunaan walker ini juga dapat melatih dan mempercepatkan bayi berjalan (based on pengalaman orang lain). Penggunaan walker ini dapat meningkatkan daya pemikiran bayi ketika bayi cuba untuk menekan2 butang2 yang ada pada play pen walker itu.. sekali gus membuatkan bayi itu seronok dengan aktiviti sehariannya.

Keburukan : Keburukan penggunaan walker ini ialah bayi dapat pergi ke tempat2 yg tak diingini jika tanpa pengawasan ibu bapa contohnya, ke tempat seterika pakaian di mana, bayi boleh mencapai besi tempat letak seterika yg masih panas. Seterunya, bayi boleh tolong ibunya "mengemas" barang2 di rumah. Setiap pagi Irfan akan tlg saya "mengemas" diapernya yg saya susun di rak atau pun dia akan angkat plastik diapernya.


• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya (done)
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. (done)

Monday, October 26, 2009

Obses Terhadap Irfan

Lately ni aku sgt obses terhadap perkembangan Irfan.. mana taknya.. 2,3 hari ni dia menunjukkan perkembangan yg sgt membanggakan diri ku n hubby..

1st sekali perkembangan dia ialah, sejak2 dah makan solid food ni.. (aku rasa hampir 2 minggu sejak umur dia 6 bulan), aku rasa sgt seronok nk suapkan irfan mkn sbb dia dah macam enjoy the food.. mula2 bg mkn solid food, dia mcm2 nak tak nak mybe sbb baru nk biasakan diri dengan makanan.. slu hanya minum susu je.. tp skg ni bila suap je laju mkn, then jap je dah abis satu mangkuk.. sgt best tau!!!

2ndly, irfan dah pandai main "cak cekaq udang gamit".. sory klu2 korang tak tau permainan ni.. aku pun tak sure korang tau ke tak.. yg aku pasti org sebelah utara mesti akan tau permainan ni.. tp tak jugak, hubby aku org kelantan pun tau permainan ni.. tp klu sapa yg tak tau jap aku attachkan video irfan main "cak cekaq udang gamit". Permainan ni bukan la apa sgt.. tp mmg lazimnya baby2 yg berumur mcm irfan akan diajarkan main benda ni.. tak memerlukan alat permainan moden n hanya perlukan tangan n suara nyanyian.. heheh.. permainan ni perlulah menggenggam n bukak genggaman tgn n perlu diulang2 mengikut nyanyian lagi tu.. pada sapa yg tau.. sila abaikan penjelasan pada cite aku ni yerk!!

Yg bestnya.. klu irfan dok dalam walker.. bila nyanyi je automatik tgn dia akan naik tinggi then dia genggam n bukak, genggam n bukak.. sila tahu ye u alls.. irfan akan gunakan tgn kiri utk permainan ni..

3rdly, irfan pn dah pandai main "tepuk amai2".. seblum ni bila papa irfan nyanyi lagu "tepuk amai2" tu, dia hanya akan senyum n ketawa.. npknya dia sgt suka lgu tu.. tp lately ni.. bila aku ajar dia utk tepuk tgn, dia menunjukkan reaksi yg membanggakan diriku.. wlupn irfan tak reti nk tepuk dua2 belah tgn dia.. tp dia akan tepuk apa2 pun yg boleh ditepuknya.. contohnya klu aku letak tgn aku, dia akan tepuk kat atas tgn aku, then klu takde benda dia akan tepuk walker dia bila aku or hubby nyanyi lagu "tepuk amai2" tu.. n 1 more thing, slu aku dok perhati.. bila aku nyanyi lagu "terpuk amai2" tu dia akan tepuk guna tgn kanan.. then aku tukar nyanyi ke lagu "cak cekaq udang gamit" dia akan tukar tangan kiri smbil angkat tgn ke atas n genggam n tutup..

n ada lg ni.. korang perasan tak ada kan lagu pendek kat tv3, astro ria, astro prima, astro warna, astro ceria, apa2 jela lagu pendek yg diantara cite yg selepas or yg lps iklan tu.. dia mesti akan tgk..irfan suka sgt lagu pendek tu.. klu time mkn or main pun dia akan stop mkn or main n cpt2 cari tv.. klu tak silap dalam video kat bawah ni pun ada aksi tu.. time ada lagu pendek tu cpt2 dia tgk tv.. korang perhatilah betul2 ek..

Erm.. so sweet tau!!! so, tgk la video dia ni yer.. sila abaikan jika nyanyian yg kedengaran dalam video tu sumbang.. daku ni tidak lah penyanyi pro.. tp stkt nyanyi dlm bilik air boleh la...





Irfan gelak terkekek2..

Aku nk attachkan video irfan gelak ketawa.. Video ni diambik masa weekend minggu lepas.. masa my parents datang ke umah aku, masa ni jugak adik aku tgh dok acah irfan.. wlupun dah lama n agak basi, tp aku nk post jugak entry pasal ni.. sbb aku suka, hubby suka.. n aku rasa sume org suka la.. sila abaikan suara di dalam video tu yer.. suara ala2 manja, ala2 baby tu la suara irfan.. sbbnya ada byk bunyi ketawa dalam video tu.. mana taknya.. sume org ketawa n happy tgk keletah irfan.. so, watch outtt...


APA ADA DALAM HANDBAG??

Entry sebelum ni aku dah gitau korang kan yg entry “Ada Apa Di Dalam Handbag” tu hilang tak tau sbb apa, so aku rasa bertanggungjawap nk retype balik apa yg aku dah buat hari tu.. tapi 4 sure la ayat2 yg aku dah buat hari tu dgn entry kali ni tak sama kan? So, apa boleh buat?? Haruslah ingat balik.

Ok la let’s start.. utk tidak hampakan hati kak adha, aku dengan hati yg redha n tabah memulakan entry ni dengan perasan yg penuh dgn kesabaran…sbb kena ulang balik sume benda yg aku dah deliver..huhu

Ok.. let’s check apa yg ada dlm handbag aku ya??

1. Purse Revival - Haruslah ada benda ni kan? Mesti la ada duit (tak byk), my ic, ic irfan, lesen memandu, kad2 atm, kad2 kredit, medical card (insurans Prudential), tesco club card, Anakku Card, kad nikah, surat nikah, resit withdrawal duit, gambar my parents, gambar aku n hubby, gambar berukuran pasport (aku rasa gambar ni yg paling best!.. sbb tu aku simpan wlupun gambar ni umo aku 20 thn) dan kupon penjimatan tesco.

2. Coin Purse - purse ni takde la kecik sgt, boleh masuk kad2, handphone n 4 sure la duit. Ia digunakan masa aku rasa malas nk angkut purse Revival. Kadang2 je aku bawa (ikut mood).

3. Purse letak kad - purse tu kecik je boleh letak kad2.. so, aku letak kad2 yg tak brp digunakan.. Kad yg slu aku guna aku letak dlm purse revival.

4. Name card holder - dah penuh pun dgn name card org.. aku takde name card.. hehehe

5. Bekas letak kertas2 kecil - Benda tu mcm bekas letak kad n ada pen.. aku spare di kala time2 yg memerlukan aku menulis (jgn tak tau, benda alah ni my FIL aku kasi).

6. Pad - uittt.. mmg ptt pun kena spare dalam handbag.. di saat2 tak terduga.

7. Resit withdrawal duit - again ada dalam handbag.. td ada dalam purse (aku tak tau nape benda alah ni byk sgt dlm ni)

8. Resit bayaran kad staf baru - baru2 ni, aku ada buat kad staf baru sbb kad staf lama telah rosak. Akibatnya aku tak dpat scan untuk punch in n out keje.. wah2.. RM 60 u allsss... (melayang duit aku)

9. Kad Staf - wajib ada la sebagai staf USM.. ni la past nk masuk keja.. klu takde benda ni pakai tak punch in n out la aku.. (akan ku jaga baik2 spy tak rosak yg sebelum ni, klu tak melayang RM60.. huhuhu)

10. Kunci moto - Tak tau napa ada dalam ni wlupun aku tak naik moto..

11. Beg handphone - sarung ni aku guna kadang2 je... Slu aku nk balik keje aku campak je handphone aku dalam handbag wlupun hb baru.. FYI aku baru je beli hp rasanya tak sampai sebulan kot.. N81.. biar la kalau tak up 2 date pun.. asalkan mampu dimiliki oleh aku.. sbb aku beli hp baru sbb hp lama aku rosak.. ikut2 hati aku nk je pki hp tu lama2 sbb aku syg.. tapi apa kan daya.. hp tu rosak.. hp lama Express Music 5610.. (eh.. tajuk beg handphone, yg aku cite lebih2 ni apsal ek? takpela.. dah alang2.. takkan aku nk create entry semata2 nk cite pasal hp aku kan? takde maknanyaaaa..)

12. Kabel digicam - sgt penting utk transfer pics2 ke pc..

13. Ubat antibiotik - aik.. ada lagi.. pttnya antibiotik perlu diabiskan.. ni sume gara2 aku kena urine infection (kencing tak lawas) rasanya 2 minggu lps kot..tp lps mkn ubat yg doc bagi .. terus lega. tu pasal aku tak abiskan antiobiotik tu..

14. Kunci rumah - Mmg wajib kena ada.. klu tak tak masuk umah la aku.. hehe

15. Losyen Ok baby - Actually ni hadiah dari hamper utk Irfan, tp oleh kerana irfan hanya boleh pakai barangan johnson & johnson (kulit dia alergik) so, aku guna untuk kegunaan diriku la..

16. 2 biji thumdrive kingston - 1 sendiri punya, 1 lg ofis punya.

17. Sehelai rambut - ha! yg ni aku tak sure time mana dia masuk dalam handbag.. tp tu la.. lps je bersalin rambut aku mmg gugur sgt2.. aku rasa begitu la nasib wanita2 bersalin di luar sana.. apa boleh buat.. Pengorbanan untuk family..

18. Getah barang - ha! yg ni pun aku tak tau mana mari benda ni.. anggap jela beg aku ni beg serbaneka.. eh mcm kedai 7-Eleven plak..

19. Minyak cap kapak - Sgt berguna di saat2 tension keja..

20. Kipas tangan - aku rasa setiap wanita mesti spare dalam handbag kan? sgt diperlukan di saat aircond rosak, or panas hati.

21. Kotak kecil barang kemas - ha! yang ni mmg aku tak sengaja ada dalam ni.. mmg tak sepatutnya ada.. sbb ada ni pun sbb hari raya hari tu la.. konon2 nk jadi mami jarum la.. nk pki barang kemas.. yela.. time raya pun la kan nk menghias diri pun.. tp tak tau camne leh lupa nk simpan ni.. ok2.. nti balik mesti simpan.. nsb baik gak buat entry ni.. klu tak ntah sampai bila dok dalam handbag aku ni..

22. Buku2 bank - (i) Buku ASB (Penting di saat tak terduga, di saat papa kedana), (ii) Buku CIMB (terlupa nk simpan balik sbb 3 bulan lps kot aku setelkan urusan pengeluaran duit kwsp, (iii) Buku Maybank (Yg ni serius aku gitau korang yg aku kuarkan duit dalam Maybank sbb aku transfer duit untuk simpan dalam ASB.. melabur di hujung2 tahun.. mana tau dividen tahun masyukkk!!!!..

23. Kad rawatan pergigian - kad ni 1st time aku ada.. ada pun sbb kena cek gigi masa peknen... smpai skg tak digunakan balik pun..

24. Kad Appointment Irfan - kad ni actually digunakan sekali je.. lps 3 bulan irfan dilahirkan, aku kena jumpa doc di Hospital Seri Manjung, Perak (tempat irfan dilahirkan). Tp skg ni, dah takde appointment2 akan datang.. so, simpan jela sebagai kenangan.

25. Kad rawatan staf USM - kad rawatan ni mestilah ditunjukkan kalau pergi ke klinik USM or klinik panel.. sgt penting ni!! tp tak la penting sgt.. sbb klu takde benda ni tunjuk kad staf pun bolehhh...

26. Weaning Food Guide - benda alah ni aku dapat dari EnfaMama Club.. ntah tak ingat bila aku tima benda ni.. tp aku rasa sgt beguna sbb dia ada guide utk pemakanan baby..

27. Bil elektrik - aku tak tau bila punya tapi yg aku pasti bil ni telah dilunaskan bayarannya..

28. Resit2 pengeluaran + penambahan ASB - aku rasa resit pengeluaran duit lebih byk kot dari resit penambahan duit.. heheh (sendiri mau ingat laa!!)

29. Bekas Simkad celcom en hubby - klu korang perasaan bekas simkad ni adalah sekeping kad yg ada simkad tu.. tp yg aku ada ni.. simkad dia takde sbb dah dipatahkan..

30. Makeup - Last but not least, barang2 makeup.. apa yg aku ada ialah (i) Studio Fix MAC (ii) Blusher Silky Girl (iii) Eye liner AVON colour coklat.. (aku suka sgt colour ni, dah lama pakai, tak abis2 sbb jarang pki ikut mood je), (iv) lipbalm LIPICE (sgt penting benda ni) (v) lipstik AVON plum (aku sayang gila lipstik ni.. wlupun murah tp aku suka sgt colour dia, tp aku rasa skg kat AVON dah tak keluar dah lipstik ni.. huhu sedih.. pakai jimat2), (vi) Lip gloss Ultra Brilliant Estee Lauder (ha.. yg ni barang hantaran kawin aku, wlupun dah dkt 2 thn aku kawin aku tak abiskan lagi wlupun sejenis barang2 makeup hantaran aku tuh.. sbbnya aku ni jarang nk bermakeup.. ikut mood je.. )

Ok la.. itu la benda2 yg ada dalam handbag aku.. harap korang berpuas hati.. wlupun aku kurang puas hati. Sory ek.. aku tak de jamu mata u alls sume dgn pics2 sbb aku malas nk ambik gambar benda2 alah ni lgpun digicam aku adik aku pinjam.. tak kuasa nk ambik gambar guna hp sbb bagi aku dari segi nk transfer pics dari hp ke pc sgt la leceh compare dgn digicam.. so, entry ni sila baca saja ekk!!

ok!! Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, October 23, 2009

ohhh.. Tidak!!!

aku masih lg tak dapat tima yg entry yg aku telah taip panjang berjela tadi hilang seperti dipukul ombak tsunami.. waaaaa... sungguh sadissss!!! camne ek?? takkan nk buat balik?? tp aku mmg kena buat jugak entry tu utk tidak mengecewakan hati kak adha.. "akak... tunggu ek.. bila ju ada masa, akan daku usahakan semula utk menaip entry td "APA ADA DI DALAM HANDBAG??"
http://www.blogger.com/img/blank.gif

Apa Ada Di Dalam Handbag??

Actually ni la tajuk entry yg akan aku ceritakan.. tp aku berasa sungguh sedih.. td setelah berjuang dengan kelaparan n mengantuk aku telah taip entry tajuk ni masa waktu rehat pjg.. tp tetiba blog aku jadi apa ntah.. skg ni bila aku bukak blog balik.. rupa2nya benda yg aku taip td abis sume hilang.. arggghhhh!!! sungguh tension.. byk gila aku taip tadi.. n aku rasa susah utk aku deliver balik ayat2 yg aku taip tadi..Waaaaaaaaaaaaaaaaa... tEnsionnya!!!!

Friday, October 16, 2009

Kenyang sungguh!!

Argghhhg!!! rasa sungguh kenyang hari ni.. apa tak nya.. wlupn hari ni 27 syawal tp ofis aku baru nk buat jamuan raya tau.. tak kisah la kan? janji mkn freee..waaa!!! jemputan utk jamuan hari raya ni byk tau.. 300 org.. yg datang mmg ramai.. berhimpit2, bersesak dengan staf2 dan post grad student.. tu pasal yg jadi lebih ramai tu.. ape2 pun aku sgt njoy with the food.. ada nasi hujan panas, ketupat, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, ais kacang, kuih muih, buah-buahan, laksa (kawan2 aku kata laksa sgt sedap tp aku tak dpt mkn lg la.. arghhh.. sungguh frust!!) dan mcm2 lagi2 la.. pendek kata, rasala suasana hari raya tu, wlupun dah penghujung2 syawal.. bertambah pulak dengan berkumandangnya lagu2 raya,, so, lagi la membangkitkan suasana.. gambar? sory kawans.. aku tak ambik satu pun gambar.. tak kuasa nk ambik2 gambar ramai2 cmtu.. baik penuhkan perut je.. lg senang.. so, ni dh penuh apa lagi.. mula la start berat mata.. tmbah pulak rest smpai kul 2.45. skg ni baru kul 1.. erm.. smpat lagi ni 2-3 round tido..

So, chow ok!!! jumpa next entry...daaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!111111

Tuesday, October 13, 2009

Irfan Happy!!!!

Ekceli aku pun tak tau nk cite apa dalam entry kali ni.. tp bila tgk gambar2 irfan yg hepy semacam je.. ingat nk upload je gambar2 dia yg hepy tu.. so, lyan jela ek!! gambar ni diambik oleh paksu irfan.. aku pun tak tau time mana adik aku tu dok berphoto shoot dgn irfan.. tp kejadian ini berlaku di umah my parents last weekend..

Tak hepy lg..

Hepy sket jer

hepy jugak ni. ala2 candid artis lak aku tgk si irfan ni..

senyuman macho irfan

terus hepyyy!!!

Hepyy lagi sampai terpejam mata!!!! hihihihi (ntah apa yg buat dia geli hati)

N jom layan 2 video yg aku ambik.. (sila abaikan kawasan persekitaran)




Monday, October 12, 2009

Walker baru Irfan

Alamak, agak basi entry ni.. ekceli aku ni tak menyempat nk cite benda ni.. aku ada belikan walker untuk irfan.. tu pun dah seminggu lebih.. nk post entry pasal ni, asyik post entry raya tak abis2.. so, tak berkesempatan lgsung.. N skg baru berkesempatan.. a.. Ekceli sng ada benda alah ni, sbb klu aku n en hubby tgh mkn, just masukkan je irfan dalam walker n boleh keliling meja mkn, so tak pyh la makan ambik turn lg.. then utk pengetahuan korang sume, irfan dah 6 bulan, so aku dah bagi dia makanan tambahan so, klu time nk suapkan irfan mkn, letak je dalam walker. tp kadang2 klu aku jadikan walker susah gak nk suapkan dia mkn sbb dia dah boleh gerak2.. so, aku jadikan dia sebagai bouncer.. so, just bounce je la, takde la gerak ke mana2.. pa pun layan jela pics irfan kat bawah ni ek!!

Ni la rupa bentuk walker tu.. (pandangan atas)

Wah.. kusyuknya irfan membelek benda2 kat atas tu

Wah.. penuh mulut tu irfan

Papa mithali suap irfan makan

ha.. sampai nganga luas mulut irfan. teruja la tuh..

Aik.. jgn mkn stereng keta tu

Kusyuknya test keta baru


Wednesday, October 7, 2009

Catatan 25 Sept 2009 (Last Part)

heheh.. mesti korang suka kan tajuk entry aku ni sbb dh smpai last part dah.. erm..dah last2 ni nk cite ape erk!!... ekceli hari tu, aku dah family aku telah berangkat pulang dari kampung.. destinasi seterusnya ialah Penang iaitu umah aku.. my parents akan tido kat umah aku semalam then esokknya dorang balik ke Perak..

So, takde benda apa pun nk cite.. pg tu bertolak lebih kurang dalam kul 11 lebih kot (ntah tak ingat) then smpai kat Penang lebih kurang kul 3 lebih.. sebelum tu ktorang singgah kat Carefour Seberang Jaya utk mkn n window shopping.. hasil shopping aku pada hari tu ialah pampers irfan, johnson & johnson baby oil irfan, & aku jugak telah mendaftar utk jadi member Anakku Baby Connection..

That's all utk hari tu.. So, tamatlah cite raya aku!!! Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........

eh.. belum daaaaaaaaaaaaaaaaaa lg.. rasa nk jugak aku attachkan gambar irfan masa otw kami balik.. saja2 je suka2... hehe..

Adik aku yg bongsu (fitri) a.k.a paksu irfan

Steady lg tu..

tak steady dah.. sibuk je tgn nk pegang camera jugak

Catatan 24 Sept 2009 (Part VIII)

Erm.. hari tu hari raya ke-5. pagi2 lg abah dah kejut adik2 aku bangun.. aku? spt biasa la sblm kul 7 dh bangun sbb anak teruna aku tu mmg bgun time tu.. so, takde maknanya aku nk tido lebih2 OK wlupun weekend or cuti2 umum.. hari tu, kami sefamily hendak ke tmpat keje abah yg 1st sekali bila bekerja dengan Felcra Berhad.. dulu2 ms mula2 kerja belum berhad lg.. still under gomen..

ERm.. tmpatnya di daerah Sik.. abah aku wlupun kat mana2 tmpat kerja, mesti dia akan baik (rapat mcm family) dgn sapa2.. kat Kedah ni, beliau telah rapat dengan satu keluarg yg sgt baik.. dulu2 masa aku kecik2, abah slu la bawak aku ke situ n kira mmg rapat dgn family dorang.. so, this time, time nk beraya la plak..

So, jom layan pics2.. saja dok saja2 kat umah dorang.. takde benda nk buat, apa lg.. so, takde keje lain la.. so, layaan jomm...

Irfan minum susu

Lps tu aku n adik2 aku (fahmy n fitri) telah mendapat 1 idea.. kami sume nk ambik gambar irfan pakai spek adik aku (fahmy). Jgn main2! colour merah u alls.. tak tau la adik aku tu fesyen apa yg dia ikut.. heheh.. apa2 check it out..

Punyala susah payah kami nk pakaikan dia spek tu.. dia seboleh2nya tak nak pakai


lekat kt mulut je!!

ha! tu sibuk apa plak!!

dah bolehh!! tp tgk la.. muka tak ikhlas lgsung..!!

me n irfan!! hehe.. ni mama irfan yg expose lebih..

Hari tu, satu hari berjalan.. pegi 3 buah rumah je.. tp kul 6 lebih baru smpai umah tok aku.. balik sgt letih.. apa2 pun sepanjang perjalanan irfan sgt baik.. thanks dear!!

Tuesday, October 6, 2009

Catatan 23 Sept 2009 (Part VII)

Spt biasa nk smbung cite raya.. tp entry kali ni pendek je tau.. sbb mmg takde benda sgt nk cite.. Hari tu raya ke-4.. so, spt yg dicite dlm entry lps, hari tu ada kenduri arwah utk adik aku.. So, spt biasa la.. bg kaum ibu spt aku yg beranak kecil, standard la.. g kenduri umah tok sebelah abah aku time2 org nk mkn.. heheh.. (alasan la tu).. Tp betul korang, Irfan tido tgh hari bru bgun, then lps bangun mandikan dia, siapkan dia ngam2 kul 12 lebih siap.. so, gerak la gi mkn!!.. Kt sna biasa je aktiviti kenduri.. So, lps mkn aku n family aku pun chow la.. sbb abah kata ptg nk g raya umah mak sedara dia lak.. kebetulan mak sedara dia tu sakit.. so, nk g ziarah org sakit la.. Dekat je tak jauh.. kat Gurun.. So, mlm dinner kat luar.. then mlm dlm kul 8 lebih baru smpai umah..

huh2..Excited ni..

Ala.. camne ni??

Jom2.. !! Irfan nk drive bawa mama g raya ni!!

Check Up Irfan 6 bulan

Erm.. cite raya belum abis tau...

Td pg aku ke klinik utk check up irfan utnuk umur 6 bulan.. aku menjangkakan berat badan dia akan naik.. tp sebaliknya.. berat Irfan hanya naik 0.1 kg je or 100 gram.. masa 5 bulan berat dia 7 kg n now 7.1 kg.. tinggi dia tak berubah 65cm jugak..

Aku ingat berat dia akan naik byk, sbb lately ni aku dah bg dia supplement food.. tp tak la byk sgt.. ikut keperluan.. minum susu pun makin kuat.. aku dah tambah dari 3 oz ke 4 oz... mybe irfan kuat makan n kuat main tu pasal berat badan dia maintain je..

Lain2 ok je.. perkembangan irfan pun normal. Nurse ada buat test la mcm bg irfan duduk, cara irfan berdiri, genggaman tangan dia, pendengaran dia, n lain2 la.. best3.. Irfan cpt besar tau.. nti leh tlg mama buat kerja.. hehehe.. N jadi anak yg baik, soleh, bijak, pandai, n beriman.. InsyaAllah..

yela.. skg ni irfan kuat main tau.. klu boleh nk melompat je 24 jam.. heheh.. bila2 free nti, aku smbung update cite raya k!!

Monday, October 5, 2009

Catatan 22 Sept 2009 (Part VI)

Hari ni hari raya ke-3.. Erm.. sepanjang pg aku takde buat2 apa.. aku cadang nk ke kubur arwah adik aku.. tp ntah camne.. tak jadi sbb irfan pun tak tido.. ekceli nk tinggalkan irfan je kat umah bila dia tido. tp tak tido lak.. esoknya ada kenduri arwah kt umah tok sebelah abah aku.. dekat je dgn umah tok sebelah mama.. naik keta 5 minit je..

Pg tu mama n tok sibuk masak acar buah utk dibawa ke kenduri arwah esoknya.. so, aku pun tlg2 la apa yg patut.. (yg ptt je tau). then ptg tu baru aku ke kubur.. spt biasa tgk je kubur mula la aku nk nangis (FYI, aku ni sorang yg amat sensitif.. klu tgk cite sedih aku sure akan ngis..) takpela.. normal la tu kan klu pmpuan sng nangis+sensitif ni.. erm.. selesai ziarah kubur adik, tok wan, nenek, nenek sedara (kubur2 mereka sume hanya bersebelahan je), aku pun balik ke umah siap2kan irfan sbb nk pergi ke umah tok aku sebelah abah (venue kenduri arwah)

Sampai sana je, biasala dorang2 tgh masak2, buat kerja2 kenduri la.. aku plak spt biasa la kena lyn la anak teruna aku tu.. so far dia ok.. tak meragam n sgt berada di dalam mood yg baik... Slps mkn mlm, aku terus balik ke umah tok sebelah mama utk melenakan diriku.. pnt sgt wlupun takde la tlg sgt pun kat umah kenduri.. hehehe

k la.. pendek je story aku hari tu, so lyn pics irfan la ek.. gambar2 ni sume diambik sebelum time tido.. So, ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzsssssssSSSSSSSSssssssss!!!

Erm.. tak penah2 dibuat org bertopi mlm2 .. hehe

Alamak!! nk terpejam ke?

konon2 macho la tu..

muncung mulut!

ala.. lentok manja gitu

tgk apa tu irfan??

"ohh!! saya dah penat"

Irfan mcm tak suka je bergambar dgn pak ngah.. Pak ngah je yg over. heheh

Cari apa tuh irfan...

ha.. tu dia.. npk dah!!!

"Ish2.. tepi la sket tgn pak ngah tuh"

K.. chow duluu!!!