Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 30, 2014

Shawl 2 belah

Assalamualaikum..

Hahaha! Tajuk tak leh blah.. shawl 2 belah.. just to share.. n maybe readers sume dah tau wujudnya shawl 2 belah.. dlm erti kata yg lain.. kedua2 belah luar n dalam boleh pakai sebab corak2 yg berlainan..

Kat usm skrg ni, student off camp tgh program intensif.. menjadi kebiasaan, time2 ni mmg banyak la aktiviti jualan berlangsung. Yela.. students pjj kan students bergaji. So banyak la jualan2 yg ada yg membuatkan dompet aku terpaksa menangis.

Jom tgk shawl 2 belah yg aku beli. Mula2 beli 2 helai.. pastu the next day.. grab lg 1 helai lg. Hrga rm10 sehelai.. beli 3 helai consider boleh pakai 6 helai.

Tuesday, January 28, 2014

New Deco (Sambungan Entry Romantika)

Assalamulaikum ...

Seperti yang dijanjikan di entry NI, aku nak tunjuk barang yang aku shopping kat romantika last 2 weeks and also a few new deco as well..

jom!!


Lukisan dinding
Aku spent time paling lama di bahagian lukisan ni.. giler rambang mata ok! nak je aku snap gambar lukisan2 kat romantika tu, tapi macam xboleh jer.. heheh.. lukisan yang dijual terdiri dari pelbagai saiz. dari sekecil-kecil hinggala sebesar2.. so aku just beli utk saiz ni je.. yang ngam2 utk gantung di hujung kepala katil aku yg masih kosong. harga pun adalah mampu milik.


harga seperti yang tertera .. RM29
 photo 20140119_233023_zps58fb2868.jpg
BEFORE
 (abaikan budak kecik tgh tido tu). mak dia dh terdesak sangat ni.. hahha
 photo 20140127_073244_zps69b5ac40.jpg
AFTER

Rak Besi Putih

Dah lama mengidam nak letak something like meja or apa utk tukar area ni.. ni adalah area angle utk ke master bedroom.  so, dapat la grab rak besi putih ni.. sebelum ni, area ni aku jadikan mini garden dalam rumah.. garden letak bunga / pokok mati la.. jom tgk pics.. 


 photo 20140119_232402_zpsf228c699.jpg
harga asal RM79.. clearance price RM49.. ok la kan?

BEFORE - gaya 1
BEFORE - gaya 2
BEFORE - gaya 3
AFTER 
zoom in.. decoration atas rak tu decoration yg sedia ada je.. just baikpulih jer..
frame ikea putih tu asalnya aku letak atas rak kasut..
bunga rose pink purple tu asalnya aku letak atas coffee table set kayu jati.. oleh kerana pasu pecah, so aku beli pasu kecil pink tu kat SSF dengan harga RM9.90.. & letak bunga rose SSF tu jugak.. i likee very much.. bunga rose tu dgn pasu tu.. macthing!
eiffel tower tu aku beli kat living cabin dgn hargan RM8.90..
bunga daun hijau kat bawah belah kiri tu aku beli kat longwan rm12.90. asalnya utk mini garden kat situ..
lavender kat bawah belah kanan tu beli kt Cameron Lavender, Cameron Highland.. aku beli 4 tangkai.. 2 purple terang 2 purple lembut..  so, aku divide dua-dua masuk dlm 2 vase.. 1 vase lagi aku letak kat atas coffee table set meja jati kat dalam bilik.. 
BEFORE - location  bunga rose SSF.. 
BEFORE - location lavender.. now dah jadi 2 pasu lavender.. 
oh. ya!! aku rasa aku belum story dalam blog kisah new area (asal balcony di master bedroom).  projek ni dah lama siap.. tahun lepas.. tak ingat bulan berapa.. later aku story di new entry ya!
close up frame 5 sekawan.. frame dan gambar ni aku beli di ikea.. suka sangat gambar2 bunga2 ni.. esp lavender.. 
asalnya aku letak frame 5 sekawan ni dekat wall belakang sofa.. tapi aku move ke sini sebab  aku dah aim lukisan kat romantika utk letak kat belakang sofa ni.. nanti dah beli sure aku update.. InsyaAllah.. 


Jam dinding - Coffee & eiffel Tower..
my hubby la yg bekenan sgt dengan jam ni.. katanya nak ganti dengan jam pink di hall sebab jam pink tu selalu lambat even baru tukar bateri. nak jadi cite.. bila dah tukar jam baru di hall, jam pink tu pun ok je berfungsi dengan baik. So, aku pun letak balik jam pink di hall so jam baru letak kat dapur. sesuai la dengan gambar coffee di situ.. sebelah jam tu pun aku plan nak beli lukisan corak cupcakes, fruits etc. 

cute.. 


Pelapik kaki kerusi
berkenan agak lama jugak.. tapi memandangkan tak berapa perlu, so dok kiv la utk beli benda alah ni.. sebelum aku grab kat romantika, aku ada usha kat 1 kedai hiasan dalaman ni.. harga utk 4 biji = 1 pasang (1 kerusi) rm 12.. so, memang tak beli la jawabnya.. tapi tengok kat romantikan u olls.. tau brp harga??? 


sepasang RM4.00
worth it.. so, beli la.. tp belum pasang utk semua kerusi.. :P


Pasu Bunga Kayu
belum gubah bunga lagi.. pasni misi mencari bunga pulak utk digubah.. gubah?? korang ingat aku pandai gubah ke?? haha.. ni ada cite pasal gubahan bunga.. jap ye.. kat next pic.. please scroll down.


harga.  RM7.00 each.. 

ha! korang.. cite pasal gubahan ni. tengok pic ni k.. 


ni adalah ruang atas almari kasut.. aku deco sikit2.. aku guna table runner meja makan letak kat atas almari kasut ni.. frame gambar ikea yg sedia ada.. AND  bunga?? korang tgk kan bunga tu?? tu aku gubah sendiri.. 1st time try.. aku rasa menjadi la jugak.. lantak la tak cantik pun.. tapi ada orang puji cantikkk.. hahaha.. 
gambar asal mcm ni? bungan tu aku beli setangkai je pun.. so bila vase kaca aku tu aku guna utk letak lavender (yg aku story kt atas tadi), so.. aku terpaksa la cari cutter nak potong bunga oren putih tu utk gubah kat another pasu plastik yg memanjang tu..  so, tu la hasilnya kat gambar atas tu.. hihi.. 


jom.. move ke dapur.. nak tunjuk some perubahan sikit la.. nak tgk dapur aku yg xseberapa tu lain entry k.. 


SEBELUM - kabinet rojak2.. 
SELEPAS - proper kitchen cabinet.. 

last but not least bunga2 lebih kat mini garden aku deco dalam toilet.. sejuk mata memandang ada sunflower dalam toilet.. akan datang, jam dinding pulak dalam toilet.. kiki

ok.. dah tamat sesi penceritaan deco2 bersama kak tijah amatur.. boleh la setakat nak sedapkan mata sendiri dengan deco bajet mampu milik.. ok.. insyaAllah, nanti aku akan tulis entry khas pasal dapur, bilik tido irfan, my bedroom...seingat aku belum aku reveal dlm blog lagi.. 


daaaa...

Monday, January 27, 2014

BAHAGIAMU DERITAKU

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku... perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit.. semakin kau bahagia
Mengapakah... aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku... perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit.. semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu...

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu...

Utk pengetahuan readers, hafiz ialah my fav singer selain FT.. semalam AJL.. aku x tengok pun sbb awal2 lagi dh goal dgn irfan.. haha.. tp time 2 last songs aku dah terjaga.. se.pat tengok kau yg terindah n kalau aku kaya dalam mamai2..

Time persembahan artis tu lg la.. aku smbung tido balik.. time nk announce result mata aku segar balik.. n for sure im waiting for hafiz.. n I thought hafiz akan menang vokal tp x..

Apa2 pun lagu bahagiamu deritaku ni mmg fav aku.. mmg killer song I tell u olls.. melody best lirik bestt.. tahniah komposer tahniah hafiz bawa lagu ni dgn penuh penghayatan .. well, as usual.. hafiz kan?

Daaa!..

Monday, January 20, 2014

Romantika..

Assalamualaikum..

Hai3!. Ceria ok di pagi isnin ni.. mana tak nya.. cuti 3 hari balik kampung ooo.. alhamdulillah.. have a great quality time with my family.. kebetulan my mom xberapa sihat.. n now alhamdulillah kembali pulih seperti sedia kala.. masak pun sedap macam selalu.. apa motif gitau masak sedap?. Haha.. motif dia.. aku mmg makan banyak bila setiap kali balik kg. Well, masakan plg sedap of coz la moms cook ever.

Kembali pada tajuk.. romantika?? Bukan romantika kat astro tu ye.  Romantika yg aku mksdkan ialah kedai hiasan romantika.. sejak2 terkecimpung dlm group2 deko mendeco kt fb ni.. aku dok menggila nk deco umah lagi.. padahal aku rs umah sekangkang kera aku tu dh abis utk deco2.. maybe utk tambah baik mungkin.. hehe..

Seperti biasa.. balik kg teringat romantika lat alor setar.. semalam kebetulan masa otw antar adik aku dr hostel nak balik ke rumah, singgah la romantika.. ha dah singgah.. xmenggila ke?? Of coz menggila mcm org gila.. auchh!

So ada la benda yg aku aim actually.  N alhamdulillah dpt gak rembat a few barang.. nnti ye aku story kt entry lain selepas projek deco yg xtau bila nk buat ni jadi. Harap bersabar. Pesanan utk diri sendiri jugak ni.. hehe..

Chow!

Thursday, January 16, 2014

Projek baking cookies

Assalamualaikum..

Weekend 2 minggu lepas. Aku berkesempatan melaksanakan projek yg julung2 kali diadakan iaitu baking cookies. Ni 1st time aku try memandangkan rumah aku mmg tiada peralatan membaking.
yang aku ada hanyalah oven toaster yg bersaiz kecik. Aku beli pun sebab aku punya toaster rosak utk bakar roti. Aku sengaja beli toaster oven sebab 1st projek aku tingin sgt nk mkn bread butter puding n projek brrad butter puding tu pjn dah berjaya. kat umah aku pun takde hand mixer apatah lagi mixer with bowl. So dengan kelengkapan yg xcukup tp gatal jugak nak baking cookies..

Kat umah aku ada la bowl steel n pengacau telur so aku belasah ke guna benda tu.. 1st nak kacau butter n gula mmg seksa oii.. bertukar2 tgn kejap suruh hubby kejap aku ganti. Time tu hubby ada ckp.. tula  nk beli hand mixer xnak.. bukan aku xnak sbb aku xde pulak terpikir nk buat cookies slu. Ni pun saja cuba.. tp lepas ni sure kena beli sbb boleh la buat kuih raya sendiri.. haha

Cumanya aku kena bakar banyak kali sbb tray oven aku tu kecik.. boleh bakar dlm 12 biji cookies je 1 trip. Xpela.. nak buat camne kan.. lg 1, oven toaster aku tu xde laras api atas bawah.. just ada function temperature n time je.. so kena la pandai2 adjust tray.. kalau dh masak kt bawah kena tukar kasi tinggi sikit. Tu yg cookies aku hr tu ada la 1 trip tu hitam legam dek tertinggal kejap.

Moh le layan gambar yg xseberapa.. aku share jugak simple resepi ye.. simple sgt kwn2. Mmg boleh cuba nak cari bahan2 pun mudah jer..







sekian.. hasil tak seberapa.. 

selamat mencuba..

Monday, January 13, 2014

Short Trip Menyelam Minum Air ke Putrajaya-KL

Assalamualaikum..

Ini adalah entry basi dari draft.. kesian sangat tengok entry ni lama2 dalam draft.. so, moh la kita sambung menulis.. 


25 Julai 2013 (Khamis) - Day 1

Trip aku ke Putrajaya n KL ini ialah trip menyelam minum air.. kisahnya.. en suami kena ke Putrajaya ada meeting pada hari Jumaat (26/7/2013), kebetulan hari tu public holiday, Hari Nuzul AlQuran di Penang.

So, pepatah sambil menyelam minum air aku gunakan dengan sebaik mungkin.. hahah! Kami bertolak pada tengah hari Khamis, so aku kena ambil cuti hari Khamis tu.. Gerak ke KL dalam jam 3petang, gerak lambat sebab pagi tu hubby ada court case.. kami berbuka hari tu atas kereta je.. makan kurma dan air.. then jumpa petrol station, kami makan maggie cup.. slurppp..sedap dh tu tau!

Kami sampai di Putrajaya lebih kurang jam 8.15 malam.. terus check in hotel baru di Putrajaya iaitu The Everly Hotel Putrajaya. hotel baru kan, of coz facilities tip top! everything cantik n baru. tapi failed sikit bab makan.. mmg betul cakap  hubby coz hubby dah penah stay bulan lepas kat the everly ni. food mmg failed.. aku rasa aku masak lagi sedap kot.. tudiaaa! haha. hotel ni betul2 sebelah dengan Alamanda. jalan kaki je nak ke alamanda. 

oh ya berkenaan dengan harga.. masa booking dapat harga RM162.40 without sahur and kalau ambil pakej utk gov rm200 nett include sahur for 2 n bukak puasa for 1. memandangkan malas nak kuar cari kedai utk bersahur kami decided to ambik pakej rm200 tu. sebabnya kalau tak ambik pakej rm200, utk sahur saja kena tambah rm21/pax.. so utk 2 orang sahur saja dah 42 + 162.40 (harga bilik) = rm204.40 instead of kami kena byr rm200 je utk tambahan berbuka puasa untuk sorang.. so kat situ dah untung rm4.40 siap dapat bukak puasa utk 1 orang yg harga dia rm80++.. walaupun kami xbukak posa kt hotel hari tu.yela sorang kot.. sian pulak hubby kalau aku yg buka puasa sorang n sian pulak kt aku kalau hubby bukak puasa sorang.. so we all decide dua2 xyah  buka kt hotel.. hihi.. 

So, after check in kami ke Alamanda.. tujuannya nak tgk muvie.. tapi oleh sebab fully seat, kami cancel.. tapau mcd terus balik hotel..

jom layan pics..

 photo 20130725_210408_zps67112164.jpg
masuk bilik je akan nampak mcm ni.. dah la sampai lewat kan? terus nampak katil gebu pulakkk.. mak aii. menggugat keimanan aku ni.. 

 photo 20130725_205731_zps7fa72e52.jpg
zzzzZZZzzzzz (merenung katil sambil menguap)
 photo 20130725_205248_zpscdcac489.jpg
toilet.. suka giler toilet dia.. 
 photo 20130725_205223_zps14b3e527.jpg
small kitchen.. suka jugak!! sbb ada sinki.. sangat sesuai utk aku yang ada anak .. senang nak cuci botol dan masak

 photo 2229_zps20d78913.jpg
depan katil.. ada meja, tv, cermin lagi.. 
 photo 20130725_205325_zps7eb9043b.jpg
tengok la budak ni.. ada2 je pose dia..
 photo 2226_zps7cbe4ba3.jpg
sila jangan jemu!
 photo 2227_zpsab032947.jpg
dia lagi.. 
 photo 2228_zpsae5da3c6.jpg
and more

 photo 20130725_205654_zps93376b6e.jpg
kali ni lain sikit.. mama posing lebih.. 

26 Julai 2013 (Jumaat) - Day 2

Bangun awal giler actually sebab sahur. 1st time tinggalkan irfan kat bilik sorang2.. memang ibu bapa berani mati la kami laki bini.. haha.. sebab kami tau, mostly kalau irfan dah tido, memang susah nak bangun.. tu pun kami sahur cepat2.. nak sahur ikut turn, macam boring lak makan sorang2.. dah la sahur, lagi tak masuk ke perut la kalau sahur sorang diri ..

Sahur biasa2 ja.. betul kata hubby, food kat everly ni tak la sedap mana pun. sahur lagi la kan? menu pun xbanyak .. hanya beberapa menu.. ok la not bad. sahur kot, bukan buka puasa.. dah dapat bukak puasa sapa suruh tak turun bukak puasa masa Day 1.. hahaha..

Lepas sahur, seperti biasa.. manfaatkan waktu sebaik mungkin.. sambung tido.. bangun pagi iron baju hubby sebab hubby akan ke meeting. then, lepas hubby ke meeting, aku apa lagi.. manfaatkan masa jugak.. bermalas-malasan.. besttt!!

Irfan?? ha.. seperti biasa.. bathroom ada bath tub kan?? apa lagi, malas cite jom tengok pics..


 photo 20130726_094759_zpsd92b34fd.jpg
budak ni.. geramm aku..
 photo 20130726_094611_zpsc7732a9d.jpg
rindunya dengan baju ni.. sebenarnya kan.. baju ni missing in action.. xtau kat mana .. yg aku ingat.. hilang pas balik hari raya puasa di kelantan tahun lepas.. dah tu hilang dengan seluar adidas (original) pulak.. memang mama nangis tak berlagu la.. 
 photo 20130726_094636_zps8d004a0a.jpg
view dari tingkat 11..  view tak berapa best.. nampak alamanda je..  
 photo 2130_zps41f49f46.jpg
exersice
 photo 2131_zpsf0061ab2.jpg
excited
 photo 20130726_103555_zpsb6259762.jpg
akvititi kuak lentang bermula.. 


sementara irfan buat hal dalam bathroom, aku? tgk tv, guling2 atas katil.. perasaan time tu bestttnyaaa dapat camni selalu.. haha.. memang tak la kan? after sejam meeting hubby balik dalam kul 11 macam tu.. then aku siap2 packing barang masuk back and we are ready to check out.. move to next destination..

 photo 20130726_131910_zpse827dbcc.jpg
sementara tunggu papa check out..
 photo 20130726_132018_zps295093ae.jpg
last but not least.. request by him.. 

Selepas check out, kami gerak ke KL.. next stop ialah ke pulapol (keje hubby).. nak sampai ke pulapol pun boleh tahan jammed. kalau bawak roti dah kenyang.. nasib baik bulan puasa je tau.. after setel kerja di pulapol, next destination ialah SOGO.. yeahhhhhyyyy!!! itulah yang dikatakan sambil selam sambil telan air.  raya tak lama dah dik non oiii.. haruslah shopping ala kadar. tapi kan, yang bestnya.. pulapol jalan semarak tak ada la jauh mana pun dengan jalan TAR. tapi kami stuck dalam jammed almost 2 hour. masa stuck tu , dok nampak je sogo depan kami.. tapi apa kan daya nak ke sogo ibarat nak balik kampung..

kam keluar dari pulapor jam 3 lebih dan sampai di sogo dekat jam 6 petang. giloosss.. buang masa atas jalan. kalau sampai sogo awal mesti shopping lagi banyak.. apa2 pun alhamdulillah, sebab jammed aku tak membazir.. membazir amalam syaitan. sampai sogo, nak masuk parking pun kena tunggu turn.. sogo memang havoc time dekat nak raya.. memang boleh muntah hijau tau.. tapi sebab cita-cita tinggi kan, memang kesabaran adalah sangat tinggi time tu..

dapat je masuk dalam basement parking, akvititi parking sangatlah menguji keimanan kami.. almost parking ada full hokay!. tapi atas usaha n sabar kami dapat jugak parking akhirnya kini pasti.. jam time tu dah pukul 6 lebih.. time berbuka puasa hampir tiba.. kami decide shopping dulu and bukak puasa kurma yang sentiasa aku spare di bulan puasa utk travel plus minum air kosong je.. kenyang dah bila gila tengok sume items on sales.. selepas shopping dengan ala kadar, kami ke food court sogo utk makan benda yang berat dan mengenyangkan.

 photo 20130726_201219_zps0ed9fc16.jpg
@ food court.. irfan terpesona dengan waterfall kt situ.. kat Penang takde kan sayang.. 
Selepas setel shopping dan makan, kami ke Puteri Park Hotel. aku dah booking siap2.  memang kami sengaja untuk stay di area Jalan TAR/Jalan Chow Kit.. yela.. asalnya plan pas nk ke Sogo, nak jalan2 kat jalan TAR.. tapi dah 2 jam stuck dalam jem, mcm mana nk squeeze time nak ke jalan TAR siang tu kan>?

So, terus check in di Puteri Park Hotel Kuala Lumpur, location dekat dengan Chow Kit. tak silap aku harga hotel ni RM130 je.. ok la habuan nak tido mandi je.. check in pun dah lewat hari tu around 9 pm.. lepas mandi rehat semua.. kami turun ke bawah utk ke pasar malam di tepi  hotel..

 photo 20130726_234608_zps2a84deff.jpg
pow mama masa kt sogo.. aduushh..

27 Julai 2013 (Sabtu) - Day 3

Tibalah hari ke3.. maaf ye .. selalu aku buat entry  marathon kalau panjang2 macam ni kan? tapi oleh kerana ni entry basi, aku habiskan jela ye.. (walapun jari jemari dah lenguh2 menaip). hari ke3, hari utk balik .. cukuplah 2 malam tido hotel.. kalau masuk 3 malam kena tumpang rumah sedara marah la ye.. hahaha..

seperti kebiasaan, IKEA adalah tempat wajib disinggah kalau ke KL.. selalu akau akan singgah on the way back la.. baru senang nak penuhkan bonet kereta kan? after penuh bonet terus balik jangan tengok belakang lagi..

 photo FB_IMG_13748956152003692_zps357ab945.jpg
IKEA.. kami datang.. 
 photo 20130727_125041_zps682fc587.jpg
penuh 1 troli.. bukan barang kami semua ye.. cik shu kita kirim nak naik rumah baru.. 
 photo 20130727_124759_zpse394064f.jpg

 photo 2209_zps8f8529db.jpg

 photo 20130727_124747_zpsa22a2e7d.jpg

 photo 20130727_124525_zps0af9d524.jpg
irfan happy sebab dapat tolak troli kecik.. 

selesai shopping di IKEA, kami pun gerak balik penang.. asalnya balik penang.. tapi oleh sebab esoknya (ahad), kami terus zaaasss balik kampung kedah.. fuhyooooo...


28 Julai 2013 (Ahad) - Day 4

ni adalah episod kembali ke pangkal jalan..

 photo 2201_zpsbe7b85d7.jpg
on the way.. happy nak balik rumah .. 
 photo 2207_zpsf5dc3cf4.jpg
balik ke penang naik feri.. suka irfan .. 
 photo 2210_zps27789ea9.jpg
my nyawa.. 

ok.. dah setel.. sekian teirma kasih (rasa bangga dengan diri sendiri sebab tenaga juang yang tinggi untuk abiskan entry basi)