Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 30, 2009

ohh..ohhh.. Balik Kampung..!!! - Catatan 17/09/09 (Part 1)

Balik Kampung.. itulah tajuk entry aku kali ni.. Macam lagu raya arwah Sudirman. Tp korang jgn salah faham tau.. aku tak balik kg aku tp balik kg sebelah asben ku. Ternyata benar dan aku tak bohong, tahun ni merupakan turn raya Aidil Fitri di sebelah keluarga en hubby ku.. En hubby of kos la gumbira tahap cipan.. tak terkata olehnya.. hari2 dia dok hitung saat2 nk balik Kelantan.. tu katanya la.. aku tak kata pun..hihi..

K la.. let's start!. Aku mula bercuti dari 17 September 2009 (Khamis).. Pg2 buta selepas sahur + Subuh aku pun telah memulakan perjalananku utk balik ke Kelantan.. Aku telah berkonvoi bersama kawan en hubbyku di mana merangkap kawan ku jugak la sbb wife kawan en hubby ku tu keje usm gak.. n nk jadi kebetulan wife kawan en hubby ku tu adalah kakak kepada kawan baik aku.. Janji nk betolak dari rumah kul 6 tp aku agak tersasar gak dalam 15 minit cmtu.. N silala korang sume tahu ye, Irfan tak mandi pg tu.. aku hanyala tukar diaper dia saja bila bangun tido. takkan la nk mandikan dia plak kan pagi2 buta tu, sure dia nangis.. irfan tu bukan boleh sgt, wlupun dia hantu air..tapi klu kena air sejuk, mau meraung dia.. Aku just tukarkan baju Irfan, pkikan baju sejuk. Kul 6.15 aku bertolak dari umah dan teruskan perjalanan. Kami berjanji utk berjumpa di Petronas jalan ke highway BKE.. setibanya aku di sana, masa tu dalam kul 6.40 (syok jalan sbb bridge clear gila pepagi buta) En Wan Irwadi (eh.. betul ke nama) a.k.a kawan en hubby ku tu tak smpai2 lgi.. Aku pun tunggu sambil salin diapers irfan.. dalam kul 7.10 pg Wadi sampai.. so, kami pn terus bertolak ke Kelantan.. Alhamdulillah jalan sgtla clear.. hanya beberapa buah kereta je yg aku npk pg tu.. oleh kerana jalan clear n tak jem lgsung..aku smpai di Jeli pada jam 10 pg.. aikk.. cepat lak kan..? rupa2nya en hubby ku gitau yg dia bawak keta laju.. yg best aku tak perasan yg hubbyku bawak laju sbb aku sibuk dok layan irfan kat belakang.. klu aku sedar, aku la org no. 1 bagi khutbah pjg ttg bahayanya drive laju2 di jalan raya.

Ok.. setel bab tu.. lebih kurang 45 minit aku smpai di Rantau Panjang.. Stop kejap ingat nk tgk2 barang sket.. tapi memandangkan dua2 family beranak kecik, korang faham2 la ye... aku plan nk beli narita kat kelantan.. tp ingat nti smpai leh jalan2 kat Pengkalan Kubor.. utk pengetahuan kalians sume kg hubby ku tak Tumpat, nun jauh dkt Thailand sana n dekat sgt dgn Pengkalan Kubor. Tp kan.. aku tak dpt pun g Pengkalan Kubor..sbb kesuntukan masa.. jadual n aktiviti di kg sgt padat (chewah.. mcm artis lak, overrrr tauuu)

Pendekkan cite jam 1.30 cmtu aku smpai di rumah nenek hubby yg kitaorang panggil dia Tok Ma.. So, nk mkn tak leh sbb posa.. so, apa lg kami buat saling merehat2kan badan.. yg best Irfan ptg tu lgsung tak tido.. mungkin dia rasa lain kot sbb jalan jauh n dia berada di tempat yg dia tak penah smpai.. FYI, tu la kali pertama irfan ke sana. hehe..

Masa aku smpai di rumah Tok Ma, takde sapa di umah kecuali Tok Ma n adik ipar aku.. My parents in law tak smpai lg.. Dorang stay kat Terengganu, n hari Jumaat baru dorang akan balik ke Kelantan. Tok Ma lak jarang2 dok umah, dia stay kat umah ayah Su, adik MIL yg bongsu. Tp time tu kan dah nk raya, so dia balik ke umah dia awal la kebetulan lak adik ipar aku ada di sana, dia soh adik ipar aku temankan dia terus smpai raya.

Ptg tu, aku tak sibuk2 pun fikir pasal juadah berbuka sbbnya aku dah plan nk berbuka kat luar since Tok Ma pun nk berbuka kat surau, takkan aku nk masak kan? 4 sure la TIDAK..heheh.. n adik ipar aku lak dah memang janji nk berbuka dgn awek dia.. al maklumla kan, sekali2 balik Kelantan, sure la jumpa buah hati pengarang jantung.. hehe (jangan marah ha). Tp yg bestnya.. pusing punya pusing n call punya call my BIL cari tmpat nk berbuka (hubby ku tu dh lupa jalan2 kat kelantan tu [certain tmpat la]) last2 kitaorang berbuka di kedai yg sama..

K la.. jom layan pics pada hari tu.. utk hari berikutnya sila tunggu next entry ya..Daaaaaaaaaa

Jom Mama, Papa! Mama & Papa nk g mana? Irfan bawak..

Irfan yg tak mandi with en hubby

Irfan with me!

Suasana pagi yg mendamaikan.. ni tgh otw.. sory gambar kabur. ambik masa keta bergerak. sila la tgk kabus yg menyelubungi

Irfan yg steady jer hari tu.. Thanks anak mama! anak mama baik sgts.. n xbuat perangai pun sepanjang perjalanan wluupn tak tido.. Mama tau Irfan menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan kan? hehehe

Irfan with our Tok Ma a.k.a nenek en hubby

Kat Kedai Tom Yam time berbuka puasa

Try cap beli kat Rantau Panjang. RM5 jerk...

Pipi bulat irfan

Jom Buka puasa!!!


Monday, September 28, 2009

Selamat Kembali Bertugas

Hari ni 28 September 2009 bersamaan dengan 9 Syawal 1430 bersamaan dengan hari Isnin.. aku dah start kembali betugas.. haha.. perasaan ku amatlah boring n kemalasan untuk bekerja semula setelah 11 hari bercuti (17-27 Sept 2000)..Wow.. klu ikut pengiraan mmg byk hari cuti tuh.. tp pejam celik pejam celik kejap je.. ni ha.. dah ada kat ofis balik.. so, ada byk benda nk cite pasal ry tp tak tau bila yg sempat nk cite.. byk keje ni.. ni pun curik2 masa update blog.. tgk la nti ye bila aku free aku cite.. so, Tungguuuuuuuu.!!!

Wednesday, September 16, 2009

Pertemuan Yang Tak Disangka

Erm.. smlm masa aku tgh beli juadah utk berbuka puasa di bazar ramadhan.. seseorang telah menepuk belakangku.. aku pun agak terkejut la wlupun tak terkejuts sgt.. aku agak, mesti kawan2 aku kot.. so, bila beralih je.. aku sgt tergamam.. nk tau sapa.. Erm.. bukan ex-bf tau.. klu tak mau kena hampuk dgn en hubbyku.. hehehe..

Ekceli org yg menyapaku tu adalah kawan baik ku masa sekolah rendah di perlis.. nama dia Zurarazliyana Zulkefli. aku n family pindah ke perlis masa aku darjah 2. start aku darjah 2 aku kawan dgn dia smpai la darjah 6.. kami tinggal berdekatan je, sbb kami tinggal dalam quarters.. dalam quarters tu hanya ada 16 buah rumah (klu tak silap aku).. so, rumah kami sgt la dekat. then, lps masuk sek menengah kitaorang dah lost contact sbb ikut haluan masing2.. kebetulan lak, masa tu family kawan baik aku tu, pindah rumah, dorang stay kat umah sendiri.. so, start situ dah jrg2 jumpa..

Yang lebih tidak kusangka.. Si yana ni dah lbh kurang 2 thn stay kat penang.. n yg lebih2 tidak kusangka lagi adalah umah dia sebelah je dgn umah aku.. kira sebelah jugak la wlupun tak betul2 sebelah.. sumenya kerana pertemuan di bazar ramadhan di bulan Ramadhan yg mulia.. alhamdulillah akhirnya dapat jugak jumpa kawan lama yg tak penah2 terfikir lgsung akan ku jumpa..

yg best lg.. dia baru je lps pantang.. tak tau pun dia kawin, tak tau pun dia bersalin n sebaliknya.. dia pun tau story morry pasal diri aku.. so, apa lagi.. setelah beradd ym, kami pun ym sakan menukar kisah hidup kami ber2..

ERm.. cmtula citenya.. i'm so terkezutt beruk tau.. happy sgt2 .. masa jumpa dia smlm rs nk nangis pun ada.. u all bygkan la.. brp lama kami tak jumpa almost 12 tahun.. mcm benda berlaku dalam tempoh masa tu kan?.. apa2 pun aku bersyukur sgt2..

Sory la kengkawan, aku takde pic dia utk attachkan dalam ni.. mybe next time k! Chowww..!!

Tuesday, September 15, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya

Di kesempatan ni, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf, Zahir & Batin kepada sume yang mengenali diriku. Mohon keampunan dari anda semua jika ada salah n silap yg sengaja atau tidak disengajakan. Halalkan makan minum.

Kepada yg pulang ke kampung, Hati2 di jalan raya. Biar lambat, asalkan selamat.. Ingatlah org yg tersayang..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF, ZAHIR & BATIN

Dari.. Juliana, Ezrie & Irfan..

Monday, September 14, 2009

Photo Shoot With Irfan & Teddy Bear Mama

Hye.. nk tgk aksi irfan berphoto shoot?? Jom lyn pics2 di bawah. actually, gambar ni aku n en hubby ambik smlm.. masa tu dalam kul 5 lebih la.. oleh kerana smlm dari kul 3 lg aku dah start masak utk berbuka, so bila ptg2 cmtu, time utk lepaking bersama irfan la.. kebetulan lak mood irfan teramats la baik.. n lately ni irfan sgt la dalam mood yg baik.. Tp yg tak brp nk best tu, sbb aku terpaksa guna camera hp ni kerana digicam ku telah tertinggal di dalam beg laptop en hubbyku, so korang faham2 jela camera hp kan.. 3.2 megapixel je.. hehe.. so, let's check it out...

Wah.. besarnya mata irfan, mcm mata teddy bear tu la..


Alamak!! teddy bear npk mata je la..


Alamak!! gambar blurr.. terus teddy bear tak npk mata


Uikss.. besarnya mata Irfan


Eee.. geramnya teddy bear ni.. gebu sgt..


eee2.. rasa nk mkn jerr..


ape tgk2!! kcu je tau..


Bak sini camera tuh.. ish2..

Ba! Ba! cak!!

yea! yea! irfan lg tinggi dari teddy bear


Ala2 lentok manja gitu..


Renungan penuh makna. hihi


Best pose from irfan. I like this pic very much!!!


Cayang teddy bear mama

Friday, September 11, 2009

Catatan Hari Raya Yg Bakal Menjelang

Bila dok sorang2 terfikir2 pasal hari raya yg bakal menjelang.. 4 sure la sume org gumbira di hari raya kan? tp bg aku di samping bergumbira sbb this is my 1st time beraya bersama anak tercinta.. Tp jauh di sudut hati, sayu terkenangkan arwah adikku yg telah pergi meninggalkan kami sekeluarga 3 bulan yg lps.. Pemergiannya sungguh terasa.. Di dalam family, dia la yg slu buat lawak bodoh membuatkan kami sekeluarga tak kering gusi menahan ketawa. Tp, apa boleh buat.. Jodoh, ajal, maut sume di tangan Tuhan.. Aku doakan roh arwah abg ngah dicucuri rahmat. Smg dia tenang, aman & damai di sana. Sesungguhnya walaupun, hari raya pada tahun ni kurang ahli keluarga, tp semestinya kita yg hidup perlu terus bersyukur atas pemberianNya.. Alhamdulillah.. Thn ni my parents akan beraya dengan 2 orang anak je.. Tp sabar ye! ry ke-2 anak sulung, menantu cucu kesayangan my parents akan ballik..yuhuuu!!

K la, catatan hari raya thn ni.. Aku akan beraya di rumah family suamiku.. Kali ni tahun ke-2 beraya sebagai isteri org.. Thn lps, turn raya posa di kg ku n ry haji di kg suamiku.. but this year turn raya posa lak di kg suamiku.. Di mana?? cuba korang teka.. Jauh di pantai timur sana.. Jawapannya di Tumpat, Kelantan. 4 Sure la kita syok beraya di kg sendiri kan? tp utk mengadilkan keadaan aku kena la tima n redha.. tp apa pun insyaAllah hari raya ke-2 aku akan bertolak balik ke kg ku di Kedah.. Ini adalah kerana, keluarga nenek sebelah abah nk buat kenduri arwah adikku.. K la tu la catatan yg bakal aku lalui tapi tu sume adalah perancangan.. InsyaAllah, harap sume plan tu akan berjalan dgn lancar.. insyaAllah..


Sunday, September 6, 2009

Weekend Di Umah Mak Bapakku

Seperti kebiasaan, tiba je hujung minggu aku pun akan mengabiskan weekend aku di umah parentsku.. so, lps berbuka puasa hari jumaat, dalam jam 9.30 mlm cmtu, aku teruskan gerak ke perak.. nape aku gerak mlm iaitu lps waktu berbuka? Sbb en hubby ada plak majlis berbuka posa d ofis dia.. yg teramat bengang tu, family tak dijemput.. hanya la pegawai SPRM je.. so, aku redha jela berbuka sorang diri di samping melayan karenah anak teruna aku. Mlm tu masa berbuka posa irfan agak moody sket.. dia tak mau duduk n aku pun berbuka posa dengan penuh ketensionan n kurang nikmat makan. Tapi apa boleh buat, dah nasib.. tula pengorbanan seorang ibu.

Bila di umah parentsku, spt biasa aku dapatlah mengupdate blog setelah blog aku tu agak berhabuk sejak 1 minggu tidak sentuh. So, takde menda nk cite pun cuma... Kita layan jela gambar irfan di umah tokwannya yerk??

Irfan bermain dgn playmatnyer

Ala... dah penat laa..

Alahai irfan...kesiannya dia.. penat ek?

Chef Irfan

Jom ikut irfan masak!

Ala..Chef Irfan dah letih la..
nk rest daa..

Abis lenguh jari jemari irfan memasak

Masakan irfan tak jadi la mama..

Ah... Sungguh frust!!. huhuhu..


Saturday, September 5, 2009

Ke Mana Aku Menyepi?

Hai kengkawan.. mesti korang tertanya2 ke mana aku menghilangkan diri kan? (tertanya2 ker??)... erm.. actually klu korang tgk last entry aku adalah pada hari Jumaat minggu lps iaitu 28 ogos 2009. Masa tu aku berjaya menggodek n membarukan wajah blog aku. Pstu, hari isnin cuti merdeka, hari selasa tak sempat lgsung nk godek blog sbb aku bz gila di ofis kerana kena gantikan PA dekan yg bercuti menyambut cucu sulungnya.. cucu merdeka u alls.. erm.. so, oleh kerana kesibukan yg melampau, aku pun tak update apa2 padahal aku ada benda nk tunjuk kat korang.. iaitu... CARSEAT BARU IRFAN.. kalau org terperasan kat entry sebelum ni, aku ada cite yg carseat irfan yg lama dah kecik n tak muat utk irfan yg bam bam tu.. so, hari khamis (27 ogos 2009) aku telah ke giant untuk membeli carseat baru dia.. so, tgk la kat bawah ni..

Sory ek.. irfan baru bangun tido.. ni otw nk bertolak ke kedah, balik kg. nenek irfan... ni muka seposen irfan..

vrommm.. vrommm.. .. Irfan nk gerak dah ni.. selamat jalan.. berhati2 di jalan raya.. ingatlah org yg tersayang

Smbung cite... PA dekan cuti selama 3 hari iaitu selasa-khamis.. so, aku dgn kerja2 aku pun yg tgh banyak, hanya la redha dengan ketentuan iaitu aku kna gantikan PA dekan disamping menjadi PA utk bos aku n jugak menyiapkan keja2 aku.. so, aku dgn ke hulu ke hilir, terkejar sini n sana pada hari tu.. tibalah pada hari khamis, sewaktu bangun utk sahur aku terasa lain mcm .. rasa tak sedap badan, tekak perit, tak larat, badan panas,.. hah.. aku telah jatuh demam.. Namun ku gagahkan diriku jugak untuk siapkan juadah utk bersahur.. lps bersahur, aku terus tido balik, slu aku tak tido balik tp oleh kerana hari tu sungguh tak larat aku tido balik.. en somi telah mengecek suhu badan aku, n sah.. aku telah demam.. suhu badan 37 darjah celcius ++.. en somi pun menyuruhku berehat n tak payah ke ofis katanya... kul 10 pg aku ke klinik.. sah aku demam dengan suhu badan 37.9 darjah celcius.. Wah tinggi tu.. aku tak pasti apa punca aku demam.. mungkin aku keletihan, tambah plak bulan posa.. cuaca lak tak menentu.. spt biasa dalam keadaan yg agak lemah longlai aku sgt mengharapkan doc. akbar akan memberikan aku mc utk hari tu... tp alangkah terkejutnya aku dr. akbar bagi aku 2 hari mc... wah2..dia kata awak berehatla 2 hari..

Aku pun tima seadanya.. kena la rest kat umah je. Hari jumaat plan nk g keje sbb aku pun dah tak demam, tp aku makan ubat batuk time sahur tu membuatkan mataku amat berat utk bgn tido. So, aku ambik keputusan untuk rest saja di umah pada hari tu. aku teringatkan keje di ofis yg byk.. tp apa leh buat dah ditakdirkan pada masa ni jugak la aku tak sihat..