Rajin2 la Click sini ye!!

Me & Hubby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 27, 2009

Irfan meniarap ... Part II

Untuk pengetahuan kalians semua, nur irfan hakim iaitu anak aku dah pandai meniarap sepenuhnya iaitu meniarap tanpa bantuan sesiapa.. slunya aku or papanya akan bantu or tolak buntut dia utk meniarap.. Tapi lately ni, since 2-3 hari lps, dia telah berjaya meniarap dengan sendiri.. satu perkembangan lain ialah, kalau dia penat, dia akan sembabkan mukanya pada tilam. Tp hari ni, dia sembab pipi dia kat tilam..

Pandangan jauh... (sory katil semak sket.. baru bgun tido)

zoom dekat sket!! Sambil hisap jari dia.. suka sgt dia hisap jari.. ntah2 rasa strawberry kot..

Irfan dengan puting barunya.. tapi dia tak brp suka sgt puting ni.. sbb berat kot.. asyik nk terkeluar dari mulut je.. dia sgt suka puting japlo dia.. Aku suka sgt tgk dia hisap puting ni..npk kelakar.. hik hik hik...

irfan nyenyak tido smbil peluk bantal yg akan menjadi bantal busuknya bersama puting japlo nya...

Cerita Sabtu dan Ahad

Setelah agak lama tak update blog, hari ni aku nk cite sket kejadian2 pada hari sabtu dan ahad yg baru je lps ni.. Bersama-sama la kita hayati kejadian2 ini..

Cite hari Sabtu (25 Julai 2009)-Shopping baju raya irfan n barang2 umah
Aku ada hint2 kat ezrie yg aku nk beli bj raya irfan siap2. alang2 skg ni tgh mega sale.. n aku pun tak kuasa nk shopping baju raya masa bulan posa.. so, aku pun teruskan niat aku utk ke sunshine. asalnya nk g sunshine n jusco utk shopping bj ry irfan, tapi memandangkan brg dapur pun perlu dibeli, aku kena g tesco.. kalau nk g beli bj ry irfan 2 tempat, dah mkn masa plak. dah la kuar umah pun dah tgh hari, biasa la ada anak kecik ni kan.. keje umah pun nk kena settle jugak..

so, bila dah smpai sunshine.. ya rabbi, rambang mata gila.. rasa sume nk beli.. 1st tmpat aku ke Baby Kiko dept. dah tu, terus je sambar sepasang baju n sepasang kasut.. harganya tak ingat.. kena balik tgk balik tag harga.. hehehe tapi selepas diskaun baju + seluar+ kasut irfan harganya RM82++..

Baju raya irfan..

Kasut raya irfan

Selepas itu, aku ke dept fav aku iaitu pureen.. niat asal nk beli pampers irfan.. mmg dah abis pun.. tinggal beberapa keping je.. so, aku terus grap 1 paket pampers irfan M84 RM36.90.. sebelum ni aku grab 2 paket terus masa baby fair.. 1 paket RM 31.90.. utk pengetahuan u all, irfan hanya penah pki 2 jenis pampers je.. pureen ni n huggies je.. so far 2 jenis pampers ni sesuai dgn irfan, so, aku tak tukar jenama lain dah la.. harap2 biar la sesuai smpai dia besar nti. Pstu dah beli pampers ni, ada lak free gift.. aku tnya la kat salegirl tu free gift apa.. dia kata tumbler air spiderman... erm.. tumbler air tu aku dh ada dah.. aku dpt masa aku beli barang2 irfan bulan lps.. so, aku tnya dia. . ada benda lain ke selain benda tu.. dia kata nti dia cuba cari benda lain la utk bg free gift.. nk tau apa? tgk kat bawah....

pampers irfan "PUREEN DRY 5" (sory, background dia tak brp cntik, hehehe)

5 keping pampers jenama pureen basic (kalau tak silap).. beg dia je cantik.. hehehe (ape pun, aku tima je.. barang free kan)

Selepas tu, aku pun round2 lagi kat baby dept tu.. g kat poney, disney baby, cuddless, anakku. Sempat jugak aku tinjau breast pump jenama AVENT.. nk tau harga dia brp.. perhhh.. mahal beb.. yg plg mahal RM1800.. yg ratus2 pun ada jugak.. pstu aku terus ke baju2 tom n jerry.. sweet je npk.. colour2 yg sgt bright n colourfull.. so, sempat jugak aku rentap 1 psg bju.. tapi jenis kain biasa2 jela.. tp aku plan nk pki masa time raya jugak bju ni.. harga dia RM15 je sepasang..

hijoo... baju tom n jerry irfan..

Ok.. selepas abis shopping kat sunshine, perut pun terasa amat lapar sekali.. so, aku mmg mengidam nk mkan tom yam kat Secret Recipe.. so, aku terus ke SR kat belakang sunshine je... Masa aku smpai tu, SR tu takde org.. waiter2 kat situ sgt ramah tamah n baik hati.. so, dorang jadi baby sitter irfan padahal irfan tak meragam pun.. tp oleh kerana takde customer lain so, dorang layan irfan dan spt slu irfan pun sgt ramah tamah dgn org dan tak kisah dok dgn sapa pun.. al-kisahnya nape aku tingin sgt nk makan bee hoon tom yum SR sbb.. masa aku lps je pantang aku tingin nk mkn cake SR so, aku tunaikan la hajat aku tuh.. so, masa kt SR QB mall masa tu, ezrie mkn tom. aku tgk punya sedap.. tingin sgt tp oleh kerana still baru lps pntg aku tak berani la nk makan bee hoon dia tu.. so, ak pendamkan je.. tapi aku sempat rasa kuah dia, perhgghh.. mmg sedap.. Tu pasal hr sbtu lps aku hentam abis2an.. mmg best tau...

mmg sedap..

choc iced n choc milk shake

Irfan tido setelah penat bermain dgn waiter2 SR

org sibuk nk kemas brg irfan, si ezrie ni pun kalut nk snap gambar aku

ha! posing ni baru betul...

Ok.. abis cite pasal Secret Recipe.. perut dah pun kenyang yg tk terhingga, so aku teruskan perjalanan aku pada hari tu, so destinasi yg seterusnya ialah TESCO.. tmpat fav aku utk shopping brg2 dapur.. bukan ape tesco best tau.. ada bilik menyusu. sng la utk org yg ada anak kecik mcm aku ni.. tapi kali ni aku ke tesco extra penang.. slu aku ke tesco jelutong.. apa yg memeranjatkan aku, bilik menyusu di tesco extra sgt la cntik n berbeza sgt dari tesco besar jelutong.. aku rasa mcm nk je rest2 dalam tu.. kebetulan lak, masa tu irfan berak, so nk tak nak terpaksa la aku ke bilik menyusu tu.. tp tq to irfan sbb berak, kalau tak aku tak berpeluang la nk masuk bilik menyusu kat tesco extra tu.. apa yg beza ialah kat bilik menyusu di tesco extra ada sinki yg besar, dua tmpat salin pampers baby, 1 kerusi kayu, lagu2 dalam bilik tu ala2 nursery gitu, pstu sticker2 huggies di keliling bilik tu, n satu sofa yg ditutup tirai utk BF baby.. sgt best... tp kat tesco besar jelutong hanya ada 1 kerusi kayu n sinki je.. sgt tak best.. harap2 sume tmpat2 awam perlu la ada bilik menyusu yg cmtu.. sgt sesuai utk ibu yg BF mcm aku..

Ok, penat bercerita pasal bilik menyusu di tesco extra penang, aku pun terus sambung kegiatan shopping barang dapur.. tapi aku takde la ambik gambar2 barang dapur aku tu. hehhe.. tp aku jugak sempat grab baju irfan.. ala.. murah gila.. nk clear stock agaknya kot.. 1 bju tanpa seluar (baju tgn pjg) harga dia RM 3.45 selepas 70% less n 4 helai singlet utk irfan.. singlet ni harga dia aku tak sure brp tapi RM3 ++ n ada less 50% tinggal 1.47 sen je setiap sehelai.. so, aku ambik 4 helai yg sama tp colour yg berlainan.. ada 5 colour sumenya tapi 1 colour takde saiz irfan.. so, jadi lah 4 je.... haha..murah kan? ala.. belasah jela..asalkan murah n irfan leh buat pki tido mlm2..

RM 3.45

RM 1.47 each

Selepas berabisan di tesco, masa nk bayar aku termasuk 1 kedai yg menjual pakaian kanak2 n baby.. so, aku pun terbeli (terbeli tau) satu baju ni.. simple but nice..


Ok, sudah cite pasal TESCO. apabila dah setel beli barang, aku pun blah dari TESCO.. aku otw nk balik umah, sekali masa lalu depan gate USM sg. dua, ezrie ternpk banner laptop murah..
apa lagi.. hajat si ezrie nk sgt beli laptop, so dia pun singgah la.. bukan singgah saja tau.. singgah n beli...

laptop ACER kecik 7"



Cite hari Ahad (26 Julai 2009)-Huggies merah & Testing internet kat KFC
Bangun je pagi ahad tu, aku teringatkan sesuatu.. terus SMS kak adha. nk tnya dia pasal harga huggies merah.. sbb aku teringat yg dia penah cite dalam blog dia suatu masa dulu.. so, bila kak adha dah reply sms aku tuh.. aku rasa sgt worth it utk beli huggies merah kat tesco... masa aku beli barang2 umah, aku sempat tgk huggies merah tu dgn harga RM29.89 (M66) tapi aku tak sempat ambik sbb ezrie dah tolak stroller irfan jauh ke depan meninggalkan aku.. so, aku just pendamkan je sehinggala pg ahad tu, aku teringat.. so, bila dah bertukar pendapat dgn kak adha.. aku pun menyatakan hasrat aku pada ezrie utk p beli.. hahaha..jangan marah abang... ezrie siap kata kat aku.. sume tu taktik lama.. haha.. lantak la taktik lama ke baru ke.. aku ttp nk g beli.. slu ezrie tak byk songeh.. wlu camne pun dia ttp bawak aku ke mana jugak aku nk p.. tp kalau tmpat yg jauh2 tu kena fikir2 dulu la..

Huggies M66 (RM 29.89) limited for 4 packs (so, aku angkut 4 paket la)

Setelah ke tesco beli huggies irfan, aku ke kfc men'test' internet di laptop baru.. lama gak kat sana.. smpai irfan pun tido2.. tapi dia mmg suka la tido dalam aircond..

Ok la kengkawan.. tu je aku nk share.. jumpa lagi di next entry.. ada benda lagi nk cite ni.. tapi dah lenguh menaip.. nk rest tgn jap ek.. see uuuuu.....



Monday, July 20, 2009

Sgt tak larat.. Jamu mata jommm....

Erm.. tak larat sgt2 hari ni.. asalnya aku mcm nk g klinik pg tdi, sbb rasa tak sedap perut.. ezrie pun sama.. akibat dia asyik buang air je.. dia dah mc hari ni.. dapatlah dia relax kat umah tu.. erm.. kalau takde ape2 kat ofis hari ni, ingat nk jugak aku ke klinik. al maklumla lm tak tgk dr. akbar..hehe.. doc fav aku .. dia sgt cool tau...

Memandangkan aku kena siapkan agenda utk meeting esok, tu yg aku gagahkan diri datang ke ofis.. tak larat sgt hari ni, sbb aku posa.. al maklumlah kena ganti sbb puasa, ramadhan pn dah tak lama.. masa posa tahun lps, aku tgh peknen.. oleh kerana morning sickness, aku x pose 3 hari.. nk menggantikan pose tu, hanya Tuhan je yg tahu btpa susahnya.. dah la skg ni aku asyik lpr je.. org kata kalau breastfeeding mmg cpt lapar.. mungkin itulah kebenarannya.

Berbalik kpd cite aku tak larat ni, skg ni tgh lunch time.. aku just rehat je kat dpn pc.. nk tido, tak dapat lena wlupun ngantuk sgt2 ni.. apa taknya, mlm td aku smpai penang dah kul 10.30 lebih.. aku balik dari perak.. siap2 kemas umah, kul 12 baru aku tido.. dah tu lak, kul 4.30 pg aku bgun tuk sahur.. aku ttp kena sahur tau kawan2.. sbb dah mmg aku diajar dari kecik utk sahur.. kalau x, sure aku tak larat punya.. makan la nasi sket berlaukkan masakan mama aku yg aku bawa dari umah mama aku.. jadilah wlupun mkn sket.. asalkan dapat alas perut aku ni.. lgpun sahur tu sunat....

Korang nk tau.. balik kg minggu ni.. mak tok irfan iaitu mama aku.. ajar irfan tido buai.. wlupun aku tak nk ajar irfan tido buai sbb 1. umah aku dah sempit utk letak buai n sbb no. 2 sbb takut susah klu g jln2 mana tak de buai kang irfan tak mo tido lak.. tp mama aku ckp.. letak jela.. sekali sekala balik kg.. so, aku hanya menurut perintah jela.. aku tgk bukan main suka irfan tido dalam buai.. tido pun lama n nyenyak.. yela.. mmg best tido atas buai ni.. korang tgk la sendiri betapa dia suka n nyenyaknya tido..

Tgk!.. dia suka kan?

Mcm tau je org nk ambik gambar dia

Tido nyenyak

ni antara gambar2 irfan yg latest.. slmt menjamu mata..

usaha gigih utk meniarap

"boleh dah.. yea yea"

"boleh berdiri siap tau, jgn main2"

Tgk muka confius irfan.. camne dia leh berdiri

kat umah mak tok, terbungkang kepanasan

sedang berusaha gigih nk masukkan puting dalam mulut

berjaya dah....hehehe...yuhuuuu...



Thursday, July 16, 2009

Arrgghh....Geramnyaa!!!

Sebenarnya smlm ptg semasa aku tgh tunggu driver kesayangan aku smpai, aku tgh update blog. dalam kelekaan aku dok mengatur ayat, tetiba aku tertekan apa ntah.. abis hilang benda2 yg aku tulis. Yg tinggal hanya la 1 perenggan. Nk tulis balik ntah aku tak ingat ayat2 yg sedap aku tu.. so, aku hanya delete sume n tutup pc n tunggu asben aku kat luar ofis.. Nsb baik tunggu Ezrie tak lama, then dia smpai.. mybe jalan tak jem sgt kot.. tapi bagus gak smpai Ezrie awal, takdela aku asyik tgk muka bas je yg asyik lalu depan School aku ni.

Actually takde ape sgt pun yg aku nk share smlm tu, tapi saja je just nk hiburkan hati aku.. sambil2 tgk pics2 irfan yg latest terasa gatal je tgn ni nk upload gambar dia tu.. Untuk tidak mengecewakan diri aku, aku nk upload hari ni.. Berbalik kpd last entry aku tu, cite pasal kelasakan irfan tido, b4 that, tq kepada coment dri korang yg sudi komen.. mlm tdi, irfan tido dgn keadaan yg still lg lasak, bermamai2, menendang2 tapi tak seteruk mlm kemarin tu. kira smlm tu masil lagi boleh dikawal.

So, aku attachkan gambar2 irfan yg terlatest kat entry ni la.. sudi2 la kiranya korang2 tgk aksi n gelagat anak aku tu.. semakin hari semakin lasak.. sampai nk pakaikan pampers dia pun punya la susah.. asyik menendang2 smpai terkeluar pampers dari punggung.. eee.. bara betul aku.. tapi sabar jela.. nk buat camne.. dah anak..


"ERm.. ee.. geramnya kat papa.. irfan tgk best2 pegang dolphin ni, papa ambik gambar laks"

"jgn kacau! jgn kacau! Tgh asyik ni belek dolphin irfan"

"Ala letih la.. hari2 ambik gambar"

Senyum tak ikhlas langsung

Ha!! ni baru ikhlas sket senyuman irfan

Erm.. korang ingat lg kan kat last entry aku yg aku cite irfan tido buas tu.. 360 darjah pusing.. gambar dia masa tido mlm tu mm aku tak ambik la. tp ni aku nk tunjuk kat korang gambar dia utk membuktikan kebenaran cite aku tu.. korang tgk la sendiri ek!!!

Tgk la kelasakan dia sampai jatuh dari tilam. Tinggal suku badan je lagi tu.

Erm.. yg ni lagi teruk kan? dah la buruk npk perut bulat dia tuh.. heheh.. 1 lagi tabiat dia.. irfan suka sgt tarik bju dia.. seluar pun dia tarik gak.. tapi klu tarik bju ke atas sure la npk perut dia.. heheh..

k la.. Have a nice day... Chowwwwwwwwwwww...............

Wednesday, July 15, 2009

irfan ohh.. irfan..

Mlm td, time tido irfan tlh buat sesuatu yg agak mengejutkan aku.. slu dia buat jugak aktiviti dia tu, tp tak lah seteruk smlm.. spt biasa rutin harian pada time tido dia ialah "mengung eh ung eh". kepala pusing kiri ke kanan, kanan ke kiri, kaki pun menyepak2 je.. Bg sesiapa yg bergelar ibu, mybe penah lalui apa yg aku rasa. Tak sure la.. samada dia mimpi ngeri or pns or ape.. yela.. nk psg aircond tak berasa mampu lgi, lgpun dok umah sewa susah plak nk pindah randah kang klu psg aircond.. mimpi ngeri? erm.. tu aku tak pasti, tp takkan hampir tiap2 mlm.. erm.. confius gak tu..

Ntah la.. kalau la aku dpt rasa apa yg irfan rasa kan sng.. tp aku tak leh nk buat cmtu.. hanya dapat mengagak jer. Agak pun setakat yg mampu je.. tapi dengan bantuan naluri keibuanku, dapat la aku membantu serba sket utk menyelesakan diri dia.. tapi mlm td, mmg dasyat.. bukan dasyat apa.. tapi dia punya menggeliat + menerajang + memusing kiri kanan hingga pusing hampir 360° ke seluruh pelosok katilku.. hinggakan aku dan asben terpaksa bagi laluan utk dia tido.. bukan apa. .kalau angkat dia ke tmpat tido dia.. takut terjaga plak n proses utk dia tido balik tu susah.. yg best.. irfan tak menangis.. hanya keadaan dia yg aku citekan tadi buat aku kesian kat dia.. mlm tadi byk kali jugak dia jaga.. hingga aku terpaksa psg lampu utk bagi dia jaga sbb ingatkan dia mimpi or mamai.. tapi bila dia sedar bukak mata, dia ok je.. pstu dia lak lali nk tido balik.. aik.. ngantuk plak.. tapi bila tgh tido, mcm org mamai lak.. tp pg ni mmg baik je.. slu masa aku bangun utk siap2 g keje, dia akan turut serta tgk aku siap.. tapi pg td, tido nyenyak yg amat sgt.. aku bukak lampu pun dia tak jg lgsung.. agaknya betul2 ngantuk la tu sbb mlm td dia mybe tido tak cukup.

aku rasa je mcm nk ambik gambar n video utk share dgn korang.. tapi apa kan daya.. tgh2 malam, tgh ngantuk2, tak kuasa aku nk cari camera n ambik gambar dia.. tapi mmg best la klu tunjuk kat korang gambar dia pusing2 tu.. smpai aku n asben pun heran n tergelak bila teringatkan irfan punya style tido... hehehe

InsyaAllah kalau aku larat n rajin utk merakamkan aksi or gambar dia mlm ni (kalau rajin la) aku akan attachkan dalam entry yg akan datang.. harap2, ibu2 yg membaca entry aku ni, kalau ada pengalaman yg sama, boleh la share dgn aku.. at least dapatlah aku selesaikan masalah tido irfan tu..

Monday, July 13, 2009

Suka2 jerr!!

Erm.. terasa gatal plak tgn aku nk update blog di hari isnin yg mulia ni setelah 2 hari berweekend.. kebusanan menyelubungi diri ku ni.. heheh.. bukan ada apa cite best pun share dgn korang tp rs ttp nk post entry hari ni..
actually tak tau nk cite ape.. hehehe.. mesti korang bengang kan..erm.. takpela.. utk nk bagi korang tak bengang aku nk attachkan pics irfan yg tgh tido pg td.. msa ni aku tgh siap2 nk keje.. Irfan mmg akan bangun sama time dgn aku bgn.. time aku mandi, aku soh asben aku tgkkan irfan sementara aku mandi n solat subuh..tp korang faham2 jela.. asben aku tgk irfan sambil tutup mata.. last2 irfan yg tgk papa dia.. ish2.. tp time aku tgh siap2 nk g keje, irfan tido plak.. stgi nk angkat dia antar g umah ngasuh, jaga plak irfan, kesian dia.. tapi apa boleh buat, mama n papa nk g kerja, cari rezeki utk menyara keluarga..camne pun kena jugak antar irfan g umah makcik yam..

tgk la irfan tido.. cuba korang tgk kaki kanan dia... jgn main2 tau. Ni pose muka ke kanan. side favorite dia.. mcm mana aku pusing pun, dia ttp akan pusing ke belah kanan sampai telinga dia pun dah kemek.. so skg telinga irfan dah capang sebelah kanan.. telinga kiri normal. heheh

tanpa semena2, irfan mengalih arah tido ke left side.. tp kaki atas bantal strawberry tu ttp maintain u alls..

K la. chow dulu.. tunggu la cite menarik yg aku nk share dgn korang..

Thursday, July 9, 2009

IRFAN DAH MENIARAP??

Erm.. biar betul? betul ke irfan dah boleh meniarap.. kejadian ini asben aku rakamkan semasa aku sibuk memasak di dapur (konon2 rajin la ni).. pstu masa si papa irfan sibuk melayan anak teruna dia, asben aku jerit panggil aku.. soh tgk apa irfan buat.. nk tgk?? tgk la.... antara pic2 yg smpat asben aku snap..


ha! ha!.. jgn tak tau irfan dah boleh meniarap (jgn marah ar.. umah aku selerak sket.. tak sgka irfan nk meniarap. kalau tau, nk ambik gambar aku kemas la sket. heheh..)

Irfan dah penat dah meniarap.. dia dah tenyeh2 muka. ngantuk la tu..

hye!! kengkawan...!!!!

Mesti sume org ingat ke mana aku menghilangkan diri kan? slu aku mmg kerap update blog tapi kali ni lama tak update blog. Sebenarnya aku tak kemana2. Ada je ni, cuma aku bercuti hari isnin n selasa (bawa irfan checkup kat hosp-isnin n bawa irfan cucuk 3 bulan-selasa). N weekend lps, aku buat? cuba teka!!!! hahah.. aku ke cameron highland.. harapan yg tinggal harapan tu akhirnya jadi kenyataan.. kalau nk ikutkan aku tak dapat g cameron highland sbb asben aku oustation smpai hari sabtu.. oleh kerana meeting dia abis awal, dia balik umah jumaat mlm tu, n pg sbtu tu asben aku ajak g cameron sbb katanya ada 2 biji keta kawan2 dia nk konvoi hari sbtu.. so, aku buat keputusan utk ikut serta la memandangkan aku nk sgt irfan pki baju sejuk yg aku belikan tu.. bukan apa,. kalau nk tunggu p cameron ntah bila2, sure baju sejuk tu irfan tak pakai punya la.. takkan nk pakai dok penang ni kan? sure mengamuk panas si irfan tu.. hehehe.. apa2 pun akhirnya dapat jugak aku menjejakkan kaki aku ke cameron highland setelah 9 thn aku tak p sn.

so, aku pun njoy abis2an kat sana.. tapi tak leh nk njoy mcm mana bujang.. dgn bawak anak kecik ni, faham2 jela.. bila anak ngantuk + lapar + nk tido.. tak leh gak aku nk kuar shopping.. kena tunggu mood irfan betul2 in the good mood.. kalau tak, mau mengamuk si kecik tu.. hehehe..

so, apa2 pun aku ada la sempat shopping dalam keadaan kelam kabut n tergesa2 waktu on the way nk balik.. masa tu aku shopping sayur, strawberry n beberapa souvenier.

so, sudi2lah jamu mata tgk pics yg sempat aku snap di cameron highland.. wlaupun aku hanya bermalam utk 1 mlm je tapi aku sgt berpuas hati sbb aku tak frust menonggeng wlupn pada mulanya tersangatlah frust menonggeng..!! haha






ala.. irfan ni.. mama & papa je tgk camera.. irfan tgk sape tu???







Sory la.. pic ni mama & papa irfan je posing.. irfan kasi chance kat mama & papa dia



Irfan tgh tido diulit mimpi indah di dalam kesejukan.. tapi korang jgn tak tau.. wlupun sejuk.. irfan ttp berpeluh tau.. anak mama sihat ni..hehe



Ni snow cap n glove irfan yg aku beli, tapi glove ni irfan tak pakai pun.. papa dia kata buruk sbb glove ni besar, tgn irfan kecik.. so, aku simpan je.. harga dia murah je RM3 n tu la saiz yg paling kecik.. oleh kerana aku geram tgk glove yg colourfull tu, aku beli la wlupun tau irfan tak muat nk pki..



Ni la bantal strawberry irfan.. cute kan? (irfan tak kata apa pun, mama dia je yg suka)

k la, tu jela yg aku mampu share dgn korang.. hopefully korang enjoy dgn cite aku.. k... Chowwwww!!!!